Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL

Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah Celcius, manakala ketika Januari iaitu bulan paling sejuk, suhu di Iqaluit ialah -29 darjah Celcius.

Ia mempunyai penduduk sekitar 7,000 orang, menjadikannya bandar paling sedikit penduduk di Kanada. Daripada jumlah itu, ada 100 orang Islam di Iqaluit dan baru-baru ini mereka telah membina sebuah masjid di situ. Apa yang menarik, terdapat warga Bangladesh di situ.

Selain masyarakat China dan India, warga Bangladesh kini menjadi bangsa peneroka di kebanyakan tempat di dunia ini. Mungkin, punca utama ialah desakan hidup. Namun, apabila mereka menjadi bangsa peneroka, rakyat Bangladesh mengumpul pengalaman hidup global.

Pengalaman inilah yang membuka minda mereka untuk melihat pasaran bisnes yang lebih besar. Di kebanyakan gedung membeli-belah di Amerika Syarikat dan Eropah, pakaian keluaran Bangladesh cukup banyak. Mungkin kita berhujah bahawa p…