Thursday, April 28, 2011
AMARAN LEE KUAN YEW
Hak asasi, termasuklah kebebasan bersuara tidak sesuai di negara ini. Sekiranya pembangkang mendapat undi yang banyak, ia akan menjejaskan ekonomi negara. Usah rosakkan asas negara ini. Ingat bagaimana kerajaan telah bersusah payah untuk kita sampai ke tahap yang ada sekarang. Usah jejaskan aset, nilai hartanah dan peluang pekerjaan anda!
Fakta? Ya.
Ancaman? Ya.
Kempen Barisan Nasional? Tidak.
Ministers are unapologetic about constraints on civil liberties, warning that western-style multi-party democracy and freedom of speech are inappropriate for multiracial Singapore, which suffered inter-ethnic riots in the 1960s.
Lee Kuan Yew, Singapore’s first prime minister and the father of the present head of government, warned this week that a strong vote for the opposition could endanger the economic gains that have given the country western levels of income.
"Do not rock this foundation. Remember where Singapore came from and how difficult it was that we have got to where we are,” Mr Lee said. "In the heat and dust of this election, do not risk your assets, property values, job opportunities."
Klik di sini untuk membaca sepenuhnya.
Wednesday, April 27, 2011
10 AHLI PARLIMEN TERATAS (TOP 10) DI TWITTER
Senarai 10 Ahli Parlimen teratas, berdasarkan "followers" di Twitter:
1. Perdana Menteri & Ahli Parlimen Pekan (UMNO): Dato' Seri Najib Tun Razak (113,905)
2. Ketua Pembangkang & Ahli Parlimen Permatang Pauh (PKR): Dato' Seri Anwar Ibrahim (58,078)
3. Ahli Parlimen Rembau (UMNO): Khairy Jamaluddin (37,340)
4. Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP): Lim Kit Siang (28,845)
5. Ahli Parlimen Jerlun (UMNO): Dato' Mukhriz Mahathir (23,418)
6. Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR): Nurul Izzah Anwar (19,684)
7. Ahli Parlimen Gombak (PKR): Azmin Ali (18,248)
8. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP): Tony Pua (16,515)
9. Ahli Parlimen Batu (PKR): Tian Chua (15,679)
10. Ahli Parlimen Bagan (DAP): Lim Guan Eng (15,016)
* "Followers" sehingga 27 April 2011.
PKR menguasai 10 Tangga Teratas (Top 10) Ahli Parlimen Malaysia di Twitter dengan empat orang Ahli Parlimen (Anwar, dan anaknya Nurul Izzah, Azmin dan Tian Chua), manakala UMNO (Najib, Khairy dan Mukhriz) dan DAP (Tony Pua, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng) masing-masing berkongsi tiga orang Ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen PAS, MCA, Gerakan dan MIC tidak mampu mencapai kedudukan 10 tangga teratas.
Presiden Parti KITA, Dato' Zaid Ibrahim mempunyai 18,779 followers, manakala Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, 5,707.
Oh ya, sekadar perbandingan, Lisa Surihani mempunyai 119,338 "followers" di Twitter!

Thursday, April 21, 2011
PAS & WAJAH ISLAM YANG "KULLI"
Dalam tulisan saya terdahulu, saya mencadangkan "PAS Sebagai Suara Ketiga" dalam politik Malaysia. Seorang pembaca yang menamakan dirinya "Lutfi" menulis dengan panjang lebar bagi memberikan pandangan terhadap isu ini. Tulisan beliau boleh dibaca di bahagian komentar. Bagaimanapun, untuk manfaat kita semua, saya turunkan tulisan beliau di sini untuk sama-sama kita bahaskan.
Saya bersetuju dengan pandangan Sdr. Nobisha. Saya tidak tahu seramai mana golongan muda, khususnya yang datang dari golongan menengah, atau berada dalam golongan menengah, dan juga golongan yang mempunyai akses dengan internet - yang mula bersikap kritikal terhadap perkembangan politik di Malaysia. Tetapi, saya yakin, ramai sekali yang mula sinikal dengan perjuangan PAS.
Saya melihat politik Malaysia dari kaca mata konsosiasional politik. Itulah sebenar realiti politik Malaysia, dan itulah realpolitik. Saya yakin, PAS, akibat terlalu benci dengan BN, terutamanya UMNO, telah kehilangan visinya, dan mula berpolitik tanpa dasar dan prinsip yang jelas. Apabila saya menyatakan tanpa dasar dan prinsip yang jelas, saya bercakap pada tahap praktikal, yakni tidak dapat dalam pengalamannya.
Saya kira, beberapa perkembangan yang menyentuh isu sosiobudaya dan sosiopolitik, telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Melayu yang menjadi penyokong setia, dan juga 'jatidiri' PAS itu sendiri.
Yang pertama, saya lihat isu kalimah Allah. Untuk pertama kali, isu ini telah dipolitikkan oleh PR, dan untuk pertama kali juga, PAS tidak mempunyai pandangan yang sama. Kita lihat pandangan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din berbeza dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz.
Sepatutnya, dalam konteks isu ini, PAS patut menzahirkan pandangan yang dilihat lebih untuk menjaga akidah umat Islam, kerana kita tahu, isu sebenar di belakang isu tersebut. Tindakan seperti itu telah melunturkan dan mencairkan diri PAS sendiri, yang selama ini dilihat sebagai 'pembela Islam' dalam konteks politik. Dalam kalangan simpatisan PAS, saya yakin, tindakan tersebut menimbulkan kekeliruan besar, dan menyebabkan PAS sendiri diletakkan sebagai objek prejudis simpatisannya.
Kedua, ialah isu 'nasionalisme'. Beberapa penyataan Tuan Guru Dato' Nik Aziz, yang melihat Melayu hanya sebagai satu bangsa, turut menimbulkan persoalan besar. Tindakan tersebut boleh dilihat daripada beberapa sudut. Yang pertama, apakah wujud keperluan untuk mempersoalkan hal tersebut? Apakah keuntungan politik daripada penyataan seperti itu, selain memberikan peluang kepada pihak lain untuk menggunakan kelebihan tersbeut bagi keuntungan sendiri.
Dari sudut yang lain, hal ini juga memperlihatkan ketidakprihatinan Tuan Guru terhadap kajian yang memperlihatkan Melayu sebagai bangsa yang manam, Islam menjadi terasnya. Dalam konteks ini, yang menjadi seseorang itu Melayu atau tidak, ialah Islamnya. Jadi, secara tidak lansung, dan biarpun tanpa niat Mursyidul Am - kritikan beliau terhadap konsep Melayu, yang difahaminya sebagai hanyalah satu bangsa, yang melalui kemunculan yang sama dengan bangsa lain, seperti India, Cina dll sebenarnya menyerang konsep Melayu seperti yang difahami oleh ramai masyarakat Melayu sendiri. Jadi, tindakan itu melunturkan 'wajahnya yang dilihat pembela Melayu-Islam'.
Saya yakin, pelbagai isu sosiobudaya dan sosiopolitik akan terus dimainkan oleh pelbagai pihak. Keterlibatan PAS dalam menangani isu yang timbul akan menentukan wajah PAS selepas ini, dan akan dinilai oleh masyarakat. Isu Interlok dan kini isu 'paria' dalam Kamus Dewan hanya dipandang sepi oleh PAS - seolah isu-isu itu bukan isu 'Islam'.
Jika PAS terus menyepi, maka keyakinan masyarakat terhadap PAS dari kalangan pertengahan yang kritikal, yang tidak melihat kata-kata Mursyidul Am sebagai maksum dan harus diikuti - akan menyebabkan PAS terus terpinggir dari golongan ini.
Untuk itu, PAS harus kembali waras dalam percaturan politik di negara kita. Mereka seharusnya yakin diri, dan menampilkan wajah Islam yang kulli, yang bukan hanya berani terhadap UMNO dan BN - tetapi juga PKR dan DAP - yang kelihatannya menjadi punca kesenyapan mereka dalam isu sosiopolitik dan sosiobudaya yang disebutkan di atas.Sila klik di sini untuk membaca tulisan saya, "PAS Sebagai Suara Ketiga."
Tuesday, April 19, 2011
PAS SEBAGAI SUARA KETIGA
Semalam wartawan Harakah menghubungi saya, meminta komen mengenai pilihanraya Sarawak. Mulanya beliau bertanya mengenai peranan media sosial, kemudian kami berdiskusi mengenai strategi PAS di Sarawak. Jawapan saya hampir sama dengan apa yang saya tulis di blog ini sebelum ini. Saya katakan bahawa mesej yang ingin dibawa oleh PAS dalam pilihanraya Sarawak tidak jelas. Malah, dalam blog ini juga saya sebutkan bahawa PAS seperti mencedok tema kempen DAP, tanpa strategi yang jelas. Terserahlah sama ada penyokong PAS ingin menerima komen tersebut secara positif atau sebaliknya.
Saya cukup yakin pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS cukup jelas dengan perjuangan parti. Mereka dididik melalui usrah, tamrin dan sebagainya. Bagaimanapun, "real politics" memaksa mereka bertindak dengan cara yang akhirnya membuatkan masyarakat bertanya, "Apakah perjuangan PAS sebenarnya?"
Di Sarawak, saya bertanya beberapa orang mengenai apakah yang mereka fahami dengan perjuangan PAS. Daripada sekitar 10 orang yang saya tanya, hampir kesemua memberikan jawapan yang mempunyai perkataan "ekstrim." Saya percaya PAS menafikan parti itu ekstrim. Malah, saya juga tidak setuju PAS itu ekstrim. Namun, itu tidak penting. Apa yang penting ialah itu persepsi sebahagian masyarakat Sarawak mengenai PAS. Kalau begitu, saya boleh simpulkan bahawa PAS menghadapi krisis identiti.
Sewaktu Muktamar PAS ke 55 pada tahun 2009 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, saya melihat tidak ada sepatah pun perkataan "Islam" di banner atau bilboard yang dipasang sekitar kawasan muktamar tersebut. Kalau ada pun, ia ditulis dalam tulisan jawi sebagai sebahagian nama PAS itu sendiri. Bukan sahaja orang bukan Islam tidak dapat membaca tulisan jawi, malah orang Islam pun ramai tak dapat membacanya.
Slogan bernada Islam seperti "Membangun Bersama Islam" digantikan dengan "PAS for All." Seorang sahabat bertanya saya mengapakah tidak gunakan slogan "Islam for All" sesuai dengan sifat kesempurnaan (syumul) Islam itu sendiri. Saya jawab, saya tak ada jawapan. Mungkin "real politics" memaksa PAS untuk menggunakan strategi demikian. Bagaimanapun, soalan sahabat tadi menunjukkan bahawa dia juga keliru dengan identiti PAS.
Terus-terang saya katakan bahawa PAS mempunyai potensi besar dalam politik Malaysia. Bagaimanapun, "real politics" menjadikan parti itu berasa kerdil.
Bagi saya, PAS boleh merealisasi potensi untuk menjadi "king maker" dalam politik Malaysia dengan memposisikan dirinya sebagai "the guardian of Islam." PAS tidak perlu ke kiri atau ke kanan. PAS tidak perlu mempertahankan tindak tanduk PKR atau DAP, dan ia juga tak perlu condong kepada BN. PAS wajar kekal sebagai sebuah parti yang berdiri sendiri. Betul atau salah, bukan ditentukan oleh "political expediency" seperti sekarang. PAS harus dilihat berani menegur PKR dan DAP, sama seperti keberaniannya menentang BN.
Sekiranya PAS mampu berbuat demikian, maka orang akan melihat PAS sebagai sebuah parti berprinsip. Sebahagian pemimpin PAS selalu menegur "ulamak" yang tidak membetulkan kemungkaran sebagai "ular dalam semak" atau "syaitan bisu." Apabila pemimpin PAS mendiamkan diri melihat kesalahan PKR dan DAP (kedua-dua parti ini bukan maksum), maka adakah gelaran itu boleh dikembalikan kepada mereka? Atau, gelaran "Alamak!" lebih sesuai?
Dalam konteks demokrasi di Malaysia dan atas semangat menjadi "guardian of Islam," saya fikir PAS wajar memainkan peranan sebagai suara ketiga. Kita dapat melihat bagaimana dalam konteks politik di Malaysia, kaum Cina bermain politik dengan cukup hebat sehingga memaksa kedua-dua belah pagar politik sujud, atau pun sekurang-kurangnya tunduk kepada kehendak mereka. Mengapakah PAS tidak merealisasikan potensi yang ada untuk menjadi suara ketiga bagi mendesak BN, PKR dan DAP untuk lebih responsif kepada tuntutan Islam?
Pada masa ini, PAS mempunyai 16 kerusi Dewan Rakyat dan sekiranya ia bertindak sebagai suara ketiga, saya fikir parti itu boleh menjadi satu kuasa yang kuat di Parlimen Malaysia. PAS boleh menggunakan kedudukan strategik ini untuk "collaborate" dengan mana-mana pihak yang dilihat melakukan sesuatu yang menguntungkan Islam.
Seperti yang selalu disebutkan oleh pemimpin PAS (dan saya percaya mereka ikhlas dalam soal ini), perjuangan PAS ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya dengan bekerjasama dengan BN bagi "co-sponsor" insiatif tertentu di Parlimen, mengapa tidak PAS bersikap terbuka dalam soal ini? Ini bukan bermaksud PAS harus menyokong BN sepanjang masa. Dalam isu-isu tertentu, PAS boleh menyokong DAP dan juga PKR. PAS boleh membentuk kerajaan campuran (coalition government) bersama DAP dan PKR di negeri-negeri tertentu dan menjadi pembangkang kepada kedua-dua parti itu di negeri lain.
Kemampuan PAS untuk melonggarkan ikatan politik dengan lain-lain parti akan meletakkannya sebagai suara ketiga yang dihormati.
Saya tahu nanti akan ada orang berkata cadangan saya itu akan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Begitulah, setiap kali apabila ada cadangan baru, pasti ada suara-suara sumbang yang melihatnya dari kacamata sedemikian. Apa nak buat, itulah cara sesetengah orang melihat politik. Itulah saja cara yang kita tahu.
Ah, mungkin saya lupa, itulah "real politics."
Dan, dalam konteks Malaysia, "real politics" adalah politik pertentangan. Politik hitam dan putih. Sehingga akhir sekali kita gagal melihat warna-warna pelangi yang jauh lebih indah!

Monday, April 18, 2011
PILIHANRAYA SARAWAK : GELAS SEPARUH PENUH ATAU SEPARUH KOSONG?
Penerbangan Malaysia Airlines yang membawa saya ke Kuching pada minggu lalu mengalami sedikit gegaran udara. Pilot segera menyalakan lampu isyarat, meminta penumpang memakai tali pinggang keselamatan, sambil memperlahankan kelajuan dan membuat penukaran arah penerbangan. Beberapa minit kemudian, penerbangan kembali lancar dan kapalterbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan selamat.
Begitu jugalah apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu. Keputusan pilihanraya tersebut menyebabkan "gegaran" kepada Barisan Nasional sehingga "pilot" BN bertukar kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Sejak beliau mengambilalih kepimpinan BN, keputusan beberapa pilihanraya kecil (seperti Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau) memihak kepada parti itu. Walaupun berjaya mengambil balik Hulu Selangor dan Galas dari lawan, BN tewas di Sibu - kawasan yang dimilikinya sebelum ini.
Nak lihat gelas separuh penuh atau separuh kosong?
Kalau separuh penuh, lihat secara positif pencapaian BN. Kalau nak lihat secara separuh kosong, lihat kawasan yang BN gagal pertahankan. Nak dilihat secara gelas separuh penuh, BN menang enam pilihanraya kecil berturut-turut. Kalau nak dilihat secara gelas separuh kosong, BN tewas Sibu, iaitu satu kawasan yang penting bagi parti itu. Keputusan pilihanraya kecil Sibu seolah-olah mencorakkan nada kepada pilihanraya negeri Sarawak yang diadakan pada 16 April lalu.
Sewaktu berbual-bual dengan seorang kawan di Waterfront Kuching selepas pilihanraya itu, secara bergurau dia mengatakan nombor "16" adalah "nombor keramat" kepada pembangkang.
Saya tak percaya kepada "keajaiban" nombor. Lalu, saya bertanya, "Apakah signifikannya nombor 16 itu?"
Dengan selamba dia menjawab, "Pada 16 September 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menukar kerajaan - Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Menjelang pilihanraya negeri pada 16 April 2011, Pakatan Rakyat berkata ia akan membentuk kerajaan baru di Sarawak dan pemimpin DAP secara terbuka menamakan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri. Apa yang pembangkang dapat, hanyalah 16 kerusi!"
Angka "16" menjadi "angka keramat" kepada pembangkang.
Bagaimanakah kita ingin melihat keputusan pilihanraya Sarawak? Adakah secara gelas separuh penuh, atau gelas separuh kosong?
Sekiranya kita ingin melihat secara separuh penuh, DAP berjaya meningkatkan kerusinya dari enam (pada pilihanraya 2006) kepada 12. Itu peningkatan 100%. Manakala, PKR pula mendapat tiga kerusi, iaitu peningkatan 300% dari pencapaian pilihanraya negeri 2006. Dengan melihat secara gelas separuh penuh, seseorang boleh menyedapkan diri sendiri.
Mungkin kerana sedap hati agaknya, seorang pemimpin kanan PKR sibuk tweet menonton perlawanan bolasepak Arsenal di luar negara dalam tempoh tidak sampai 24 jam PKR tewas di 94% (46 dari 49) kerusi yang ditandinginya. Mungkin kerana seronok menonton bolasepak di luar negara, dia lupa bagaimana perasaan kecewa calon, pemimpin dan penyokong PKR di pedalaman Sarawak.
Eloklah PKR melakukan muhasabah dan melihat mengapakah parti itu dilihat sebagai arogan dan ingin membolot pembahagian kerusi, terutama sekali dengan SNAP. Dalam politik, parti memerlukan pengundi; bukan sebaliknya. Persepsi arogan tidak bagus dan saya percaya sedikit sebanyak ia menyumbang kepada kegagalan PKR untuk menang besar di Sarawak.
Saya melihat kemenangan PKR di dua kawasan DUN Sarawak bukanlah sesuatu yang luar biasa. Baru Bian sudah lama di Ba'kalalan dan beliau cukup popular di kalangan rakyat utara Sarawak, terutama dalam isu-isu tanah NCR. Lawannya, Willie Liau "calon misteri" Ba'kalalan selepas calon pilihan pertama (tak perlu saya sebutkan nama di sini), menolak, adalah muka baru. Di Batu Lintang, PKR menang di kawasan tradisi DAP selepas kedua-dua parti bertukar kerusi (DAP mendapat balik kawasan DUN Padungan, dan PKR menyingkirkan wakil rakyatnya, Dominique Ng).
Untuk melihat secara gelas separuh penuh, DAP berjaya mengekalkan kawasan tradisional dan mengambil beberapa kawasan SUPP. Itu adalah satu pencapaian yang baik. Malah, saya telah sebutkan dalam wawancara di Astro Awani bahawa strategi kempen DAP adalah paling baik - bukan saja lebih baik dari BN, tetapi juga lebih mantap dari PKR dan PAS.
Malah, saya melihat PAS terikut-ikut dengan rentak kempen DAP tanpa strategi yang betul. Sewaktu saya mengelilingi kawasan perumahan mewah di Muara Tuang, saya lihat banner "Negeri Sarawak Kaya, Rakyat Derita, Ubah Sekarang! Undilah PAS." Saya tak pasti bagaimanakah penderitaan penduduk di kawasan perumahan mewah itu.
Sekiranya kita ingin melihat dari gelas separuh penuh, DAP berjaya dalam politik Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya kita melihat dari perspektif sebaliknya, kita melihat pilihanraya Sarawak menampilkan wajah sebenar DAP. Kesemua kerusi yang dimenangi DAP ialah di kawasan majoriti Cina yang besar. Satu-satunya calon DAP bukan Cina di Simanggang, tewas.
Adakah ini membolehkan seseorang merumuskan DAP hanya diterima oleh kaum Cina, dan bukannya rakyat Sarawak secara keseluruhannya? Sekiranya begitu, maka DAP masih lagi dilihat sebagai parti satu kaum, walaupun ia berusaha mencotengkan persepsi bangsa kepada parti-parti lain di Semenanjung!
Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dan mengekalkan majoriti dua pertiga. Malah, PBB yang bertanding di 35 kerusi DUN Sarawak mengekalkan kesemua kerusinya. Untuk melihat secara gelas separuh penuh, itu adalah satu pencapaian yang baik. Bagaimanapun, PBB hanya bertanding di pinggir bandar dan luar bandar. PBB tidak bertanding di tengah bandar yang mempunyai majoriti bukan Bumiputera yang agak besar. Adakah ini bermaksud BN hanya mewakili suara luar bandar dan Bumiputera sahaja?
SUPP tewas di banyak kerusi yang ditandingi. Melihat dari perspektif gelas separuh penuh, hasrat Tan Sri Dr George Chan Hong Nam untuk meletakkan jawatan adalah bagus. Ia menunjukkan sikap bertanggungjawab beliau. Bagaimanapun, ia sudah terlalu lewat. Sepatutnya dia meletakkan jawatan itu lama dulu dan tidak bertanding dalam pilihanraya 16 April itu.
Sebulan lalu, sewaktu di "lounge" Lapangan Terbang Miri, saya melihat seorang lelaki berbisik sesuatu kepada George Chan dan kemudian marah-marah kepadanya. Saya tidak tahu apakah masalahnya. Namun, saya belum pernah melihat seorang Timbalan Ketua Menteri dimarahi begitu. Ada sesuatu yang tidak kena. Sepatutnya George Chan memahami "isyarat" tersebut dan tahu bahawa masa untuk beliau meletakkan jawatan telah tiba.
Saya tak fikir George Chan tewas disebabkan faktor umur semata-mata. Tan Sri Taib Mahmud yang sama usia dengan George Chan menang di Balingian. Malah, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang berusia 80 tahun dan memulakan karier politik sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 1967 (lihat bilboard) sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang berpindah randah kawasan parlimen, bermula dengan Kota Tinggi pada tahun 1969, masih dipilih.
Eloklah George Chan melihat secara gelas separuh penuh - menilai kembali sumbangannya kepada pengundi kawasan tersebut dan melihat di mana yang tidak kena. Malah, semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak termasuklah Taib dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang mencari kelemahan yang ada dan memperbaikinya.
Semalam saya pulang ke Kuala Lumpur, setelah lebih dua minggu di Sarawak. Walaupun penerbangan Malaysia Airlines lewat bertolak selama 15 minit, namun penerbangan selama 1 jam 40 minit dari Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur cukup selesa. Tidak ada gegaran udara dan pilot tidak menyalakan lampu isyarat pasang tali keledar.
Malah, yang menyeronokkan saya ialah apabila pramugari menghidangkan kacang dan air kosong. Kali ini, dalam gelas penuh!
* * * * *
Terlalu banyak yang ingin dicatatkan. Terlalu sedikit masa yang ada. Insya-Allah, sekiranya ada kelapangan, saya akan terus mencatatkan pemerhatian saya - kalau pun tidak mengenai pilihanraya, mungkin tentang Sarawak yang mempersonakan!

![]() |
| Banner PAS di perumahan mewah Muara Tuang |

| Bilboard di DUN Bengoh: Siapa ubah siapa? |

Wednesday, April 13, 2011
POLITIK "ORANG BUTA PEGANG GAJAH" DI SARAWAK
Dalam perjalanan pulang dari Sebuyau semalam, seorang anak muda memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang datang dari Semenanjung untuk melihat kempen pilihanraya Sarawak.
Saya tanya sudah berapa lamakah di sini dan anak muda itu memberitahu dia sudah berada di Sarawak baru dua hari. Setelah berbual panjang di atas feri Batang Sadong, anak muda itu memberitahu itulah kali pertama dia dan kawan-kawannya ke Sarawak.
Puncanya mudah, dia ingin melihat melihat sendiri kempen pilihanraya di negeri ini. Rasa ingin tahu yang memuncak menyebabkan dia mengambil tiket Firefly dan terbang ke sini.
Walaupun telah pergi ke beberapa kawasan DUN dan melihat sendiri pilihanraya Sarawak, beliau masih ingin tahu pandangan saya mengenai pilihanraya ini. Setiap hari, pasti akan ada orang yang bertanya soalan yang sama - mereka ingin tahu bagaimanakah saya melihat pilihanraya Sarawak.
Seringkali, saya mengelak untuk memberikan jawapan. Seperti orang lain, saya juga cuba mencari petunjuk dan berusaha memahami arus politik di kalangan rakyat di negeri ini. Saya makan di gerai, berbual dengan anak-anak muda dan cuba "memancing" sesiapa saja yang ditemui untuk mendapatkan maklumat.
Saya melihat dan cuba memahami apabila melihat anak-anak muda menggantung banner dan poster parti. Saya cuba mentelaah apakah maksudnya apabila ada rumah yang menggantung bendera dua parti politik lawan di rumah yang sama. Mata saya mencari melihat bagaimanakah rakyat negeri ini menzahirkan sokongan kepada parti lawan.
Pulang ke hotel, saya menerokai internet dan melihat perbahasan. Saya melihat bagaimanakah pembangkang melakukan psywar (psychological warfare) dengan mengatakan mereka telah "menawan" bandar-bandar tertentu walaupun pengundi masih belum membuat keputusan. Kalau membaca Twitter Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali atau Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar, saya tidak menyalahkan anda sekiranya anda membuat rumusan bahawa BN tidak akan menang satu kerusi pun dalam pilihanraya negeri ini!
Saya juga membaca perbalahan anak-anak muda dari kedua-dua belah pagar politik. Apa yang saya tidak dapat lihat ialah debat di kalangan pemimpin politik Sarawak. Saya menggunakan beberapa alatan pemantauan media sosial (social media monitoring tool) untuk "mencari" perbahasan politik di kalangan rakyat Sarawak. Apa yang saya nampak ialah ia tidak banyak. Bukan tidak ada, cuma tidak banyak. Kebanyakannya berlegar di sekitar orang Semenanjung yang ghairah dengan politik Sarawak.
Melihat keadaan dan minat ini, tentulah tidak salah kalau ada pihak yang mengatakan pilihanraya Sarawak ini diwarnai oleh aktor-aktor politik dari Semenanjung. Bukan itu saja, malah hero dan heroin juga dari Semenanjung. BN Sarawak bukan berhadapan dengan cabaran dari pemimpin politik negeri ini, tetapi dari pemimpin DAP, PAS dan PKR dari Semenanjung. Peranan pemimpin pembangkang dari Sarawak adalah bersifat tokenisme. Parti pembangkang tempatan seperti SNAP kelihatan tidak bermaya, kecuali di beberapa buah tempat.
Saya cuba memahami mengapakah pemimpin politik pembangkang Sarawak tidak menonjol dan berpuas hati sekadar menjadi "orang kedua" atau "orang ketiga" (second fiddle). Adakah mereka tidak ada kemampuan dan tidak ada keyakinan diri yang tinggi? Atau, adakah mereka juga ingin meniti arus persaingan politik Semenanjung yang dibawa ke Sarawak?
Apa sekali pun, saya menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan mengenai kedudukan parti-parti politik yang bertanding di sini. Sarawak ialah sebuah negeri yang paling besar dan pada masa yang sama ia juga mempunyai kepadatan penduduk paling rendah di negara ini. Taburan penduduk yang merata menyebabkan cara berfikir dan bertindak juga berbeza. Ini adalah merupakan cabaran paling besar kepada parti-parti politik yang bersaing di sini.
Apabila diajukan soalan tersebut, saya seringkali memberikan analogi orang buta pegang gajah. Yang pegang belalai, akan kata gajah itu panjang. Yang pegang badan, akan kata gajah itu besar. Manakala, yang pegang ekor akan kata gajah itu halus!
Begitu jugalah dengan politik di Sarawak. Bergantung kepada di manakah seseorang melihat kempen, ia mencorakkan cara beliau melihat politik Sarawak. Sebagai contoh, orang yang melihat kempen DAP di bandar-bandar besar akan merumuskan bahawa tsunami melanda Sarawak. Kehadiran - terutama sekali di kalangan masyarakat Cina - dalam ceramah yang diterajui DAP agak tinggi. Sementara, mereka yang melihat kehadiran di ceramah PKR di Asajaya semalam akan membuat kesimpulan, "Bungkuslah PKR selepas ini!"
Sama ada kedua-dua pendapat itu benar atau tidak, kita tunggulah pilihanraya pada 16 April nanti. Sekiranya anda baru sehari dua berada di Sarawak seperti anak muda yang saya temui di atas feri Batang Sadong semalam, usah terlalu cepat membuat rumusan - lebih-lebih lagi sekiranya anda hanya berada di sekitar bandar Kuching, Miri dan Sibu.
Pada masa yang sama, saya berharap kita tidak memandang politik Sarawak sebagai sesuatu yang simplistik. Sarawak sudah melahirkan ramai cerdik pandai. Sistem pendidikan Sarawak berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin politik hebat di kedua-dua belah pagar politik. Menyelusuri senarai nama calon-calon pilihanraya sama ada di sebelah BN, atau pembangkang, kita akan dapat melihat ramai profesional ditampilkan sebagai calon. Saya pernah menyebut bahawa sebahagian besar calon di Sarawak adalah jauh lebih baik dari sesetengah calon di Semenanjung!
Saya juga tidak mahu menjadi orang buta memegang gajah dalam "melihat" politik Sarawak. Hari ini, saya akan meneruskan perjalanan ke Sri Aman dan Beting Maro serta kawasan-kawasan sekitarnya. PAS dikatakan kuat di Beting Maro dan banyak pihak mengatakan sekiranya PAS akan menang dalam pilihanraya ini, ia adalah di Beting Maro.
Semalam saya di Sadong Jaya, Muara Tuang dan Sebuyau - tiga kawasan yang ditandingi PAS. Saya tidak melihat PAS akan memberikan saingan kuat di Muara Tuang dan Sebuyau (walaupun PAS Kedah mempunyai "rumah" di sini). Kempen PAS di Sadong Jaya agak agresif, namun saya tidak dapat mengukur penerimaan masyarakat setempat kepadanya. Di Tanjung Dato, saya tidak fikir PAS memberikan saingan sengit kepada BN.
Oh ya, terlupa nak tanya - bahagian gajah yang manakah yang anda pegang dalam melihat politik Sarawak?
Adakah belalai?
Atau, kaki?
Atau, adakah anda memegang gading?

Saturday, April 9, 2011
APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI PILIHANRAYA SARAWAK?
Sejauh manakah pengetahuan anda tentang politik Sarawak?
Untuk mendapatkan jawapannya, saya telah membuat "online survey" dan bertanya 10 soalan. Seramai 475 orang mengambil bahagian dalam tempoh antara 6 hingga 9 April 2011. Berikut ialah keputusannya:
Soalan-soalan yang dapat dijawab dengan CEMERLANG! (76% - 100% responden menjawab dengan betul)
86.4% menjawab dengan tepat bilangan kawasan DUN Sarawak yang ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya kali ini iaitu 5 kerusi.
81.3% dapat menyatakan jumlah kawasan (kerusi) dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, iaitu 71 kerusi.
78.0% mengetahui bahawa pilihanraya yang akan diadakan pada 16 April 2011 ini ialah pilihanraya kali ke 10 bagi Negeri Sarawak.
Keputusan AGAK BAIK! (51% - 75% menjawab dengan betul)
71.5% tahu bahawa SNAP bukan parti komponen Barisan Nasional di Sarawak?
70.3% dapat mengenalpasti "Inanam" bukan nama kawasan Dewan Undangan Negeri di Sarawak.
64.0% mengetahui PKR mempunyai hanya satu kerusi DUN sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan baru-baru ini.
59.8% tahu bahawa PKR adalah parti yang manakah bertanding paling banyak kerusi DUN dalam pilihanraya Negeri Sarawak kali.
55.6% mengetahui Ketua Pemuda PBB Sarawak ialah Datuk Fadhilah Yusof.
Jawapan sekadar MEMUASKAN! (kurang 50% memberikan jawapan yang tepat)
42.1% dapat menjawab bahawa SNAP ialah satu-satunya parti yang tidak mencalonkan seorang pun calon wanita dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini?
41.4% responden tahu bahawa DAP ialah parti yang akan bertanding melawan calon Barisan Nasional di kawasan DUN Pending.
* * * * *
Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam "ujian" ini. Saya serahkan kepada anda untuk membuat rumusan sendiri kepada dapatan ini!

Thursday, April 7, 2011
POLITIK TIKAM BELAKANG, POLITIK SARAWAK
Saya bangun agak awal pagi ini, dikejutkan oleh petugas hotel yang menghantar akhbar ke bilik hotel saya. Selalunya dia memasukkan akhbar ke bawah pintu bilik saya secara perlahan-lahan. Tetapi, tidak pada pagi ini. Saya ke pintu bilik, saya mengambil akhbar The Borneo Post.
Muka utama akhbar hari ini ialah "Record Breaking State Election" - pilihanraya ke 10 Sarawak menyaksikan jumlah calon yang paling ramai (213 orang), calon Bebas paling ramai (41 orang) dan untuk pertama kalinya tidak ada yang menang tanpa bertanding. Di 27 kawasan DUN, satu lawan satu, dan di 44 kawasan lain, persaingan pelbagai penjuru.
Namun, itu bukanlah isu tulisan saya hari ini. Saya tertarik dengan berita kedua bertajuk, "Sook Koh Faces DAP's Alice Lau in Bawang Assan." Berita ini disertai dengan gambar calon Barisan Nasional Dato' Sri Wong Soon Koh menuangkan air teh kepada calon DAP Alice Lau Kiong Yieng, dengan caption gambar, "Storm in a Tea Cup." Kalaulah tidak dengan tajuk berita sedemikian, gambar itu kelihatan seperti seorang bapa sedang minum pagi dengan anaknya!
Bawang Assan adalah satu "kawasan panas" dan dijangka menjadi persaingan hebat di antara DAP dan BN / SUPP. Namun, gambar ini mencerminkan cara berpolitik masyarakat Sarawak. Sebelum ini saya menulis mengenai kenyataan calon BN di Ba'kalalan, Willie Lau dan calon BN Telang Usan, Dennis Ngau Jok yang mengenai lawan-lawan masing. Kedua-dua membuat kenyataan yang cukup berhemah dan menghormati parti lawan.
Sekiranya kita mahu bercakap soal "politik baru," kita tidak perlu jauh - melihat Obama atau kempen pilihanraya di Barat. Datang dan lihat pilihanraya Sarawak. Sewaktu saya makan malam di sebuah restoran seafood di Pending semalam, saya lihat ada sekumpulan anak-anak muda Cina yang ramai makan-makan sambil berbual dan ketawa besar. Saya fikir tak kurang dari 15 orang. Saya duduk beberapa meja dari mereka.
Untuk melihat mereka dari dekat, saya berjalan melintasi meja mereka. Apa yang saya lihat cukup menarik - dari pakaian mereka, saya pasti sebahagiannya ialah penyokong DAP, manakala sebahagian yang lain ialah penyokong SUPP. Saya cuba melihat kalau-kalau dapat bertemu muka dengan calon BN, Prof Dr Sim Kui Hian dan calon DAP, Violet Yong - tetapi kedua-duanya tidak ada di situ!
Persaingan politik di Sarawak juga sering berlaku antara anggota keluarga - sama ada sepupu atau adik-beradik terdekat. Di Balingian, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud dicabar oleh Dato' Salleh Jafaruddin. Kedua-duanya ialah saudara dua pupu. Sewaktu Allahyarham Puan Sri Laila Taib meninggal dunia, Salleh menziarahi perkuburan beliau dengan Taib.
Malah, parti seperti PAS dan PKR juga tidak membawa penyokong yang ramai sewaktu penamaan calon, seperti yang sering dilakukan di Semenanjung. Saya tak pasti adakah mereka tidak mempunyai penyokong yang ramai atau adakah itu sememangnya tradisi di Sarawak. Di Sebuyau sebagai contoh, walaupun calon BN diiringi sekitar 1,000 orang penyokong, calon PAS hanya membawa 20 orang penyokong sahaja. Di beberapa tempat yang lain juga begitu.
Inilah resam politik Sarawak yang perlu difahami oleh orang Semenanjung. Adalah tidak betul untuk orang Semenanjung melihat sepak terajang politik Sarawak dari kaca mata sendiri. Elok buka mata dan lihat bagaimanakah cara orang Sarawak berpolitik.
Sewaktu makan malam dengan beberapa orang teman di Kuching malam tadi, mereka mempersoalkan strategi yang digunakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam berunding dengan rakan-rakan pembangkang di Sarawak. Mereka mengambil contoh yang jelas bagaimana sehari sebelum penamaan calon, Azmin mengatakan PKR tidak akan meletakkan calon di Marudi sebagai menghormati Presiden SNAP, Edwin Dundang.
Bagaimanapun, sehari kemudian PKR meletakkan Gerang ak Dagom bagi melawan Edwin Dundang (SNAP dan calon BN Sylvester Entri ak Muran dan Michael Ding Tuah (Bebas). Mereka melihat strategi ini sebagai "politik tikam belakang."
![]() |
| Dominique Ng |
Politik tikam belakang ini juga berlaku apabila PKR bersetuju menukar kerusi Padungan yang dipegangnya selama ini dengan DAP bagi kerusi Batu Lintang. Semua orang tahu bahawa sesetengah pemimpin tertinggi PKR tidak senang dengan Dominique Ng (satu-satunya wakil PKR di DUN Sarawak), manakala ada pemimpin DAP yang tidak suka kepada wakil rakyatnya sendiri, Voon Lee Shan yang tewas dalam pemilihan parti itu.
Cara paling mudah untuk "membunuh" kerjaya politik kedua-dua orang wakil rakyat Dominique Ng dan Voon Lee Shan ialah menukarkan kerusi antara PKR dan DAP. Apabila ini berlaku, kedua-dua wakil rakyat itu terpelanting keluar dan parti-parti tersebut boleh meletakkan calon baru.
Adakah strategi ini boleh diterima oleh pengundi Sarawak? Saya tidak dapat memberikan jawapan - sekurang-kurangnya pada masa ini. Masih ada sembilan hari lagi sebelum pengundian. Sama-samalah kita tunggu!
Wednesday, April 6, 2011
BELAJAR POLITIK DAYAK SARAWAK
Sejuk hati membaca kenyataan dua orang calon pilihanraya Negeri Sarawak mengenai lawan masing-masing. Peguam dan Ketua Pemuda SPDP, Ba'kalalan, Willie Liau ketika mengulas mengenai lawannya berkata (The Star, 6 April 2011):
"We have the same objectives in politics but different channels or mode of doing it."
Willie Liau ialah calon Barisan Nasional yang akan menentang Baru Bian (PKR) di DUN Ba'kalalan. Sementara itu, calon BN Telang Usan, Dennis Ngau Jok dilaporkan oleh Borneo Post (6 April 2011) sebagai:
"On the decision of Kebing and Harrison to contest, Dennis said he respect them as eldest in accordance with the Kayan tradition, and their keenest to contest showed their concern towards the people in the area."
Sudah agak lama kita tidak mendengar kenyataan seperti di atas dari pemimpin politik Semenanjung yang tenggelam dengan politik pertentangan. Eloklah kita belajar berpolitik dari kedua-dua pemimpin kaum Dayak ini yang pernah disifatkan oleh seorang pemimpin politik Semenanjung sebagai "tidak tahu membuat pilihan yang betul" (Malaysiakini pada 11 Julai 2009).

Sunday, April 3, 2011
PBB CALON MUKA BARU MUDA, PROFESIONAL
Dalam tulisan sebelumnya, "Calon Muka Baru di Sarawak," saya meramalkan PBB akan meletakkan muka baru di kawasan DUN berikut: Belawai, Beting Maro, Sadong Jaya, Demak Laut, Katibas, Saribas, Kedup, Telang Usan, Lingga, Nangka dan Lambir.
Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat PBB sebentar tadi, berikut ialah calon-calon baru mewakili PBB (nama yang ditebalkan (bold) ialah kawasan yang saya ramalkan akan mempunyai calon baru):
Belawai - Datu Len Talif Salleh (58 tahun)
Semop - Abdullah Saidol (49 tahun)
Beting Maro - Razaili Gapor (55 tahun)
Sadong Jaya - Aidel Lariwoo (39 tahun)
Demak Laut - Dr Hazland Abang Hipni (44 tahun)
Kedup - Maclaine Ben @ Martin Ben (49 tahun)
Nangka - Dr Annuar Rapa'ee (48 tahun)
Lambir - Ripin Lamat (41 tahun)
Saribas - Ricky @ Mohd Razi Sitam (39 tahun)
Telang Usan - Dennis Ngau (43 tahun)
Ramalan saya untuk kerusi DUN Lingga tersasar kerana saya difahamkan nama Simoi Peri dikekalkan pada saat akhir kerana usaha Wanita Barisan Nasional ingin melihat calon wanita tidak digugurkan. Dalam dua wawancara di Astro Awani, saya mengkritik PBB yang tidak memperkenalkan calon wanita baru, tetapi menggugurkan Simoi.
Daripada 10 calon baru PBB, 8 daripadanya di bawah usia 49 tahun. Simoi yang dicalonkan semula berusia 47 tahun. Calon muka baru dari kalangan muda dan profesional adalah baik untuk proses peralihan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang dijanjikan.
Senarai penuh boleh dilihat di sini. Insya-Allah, saya akan mengulas nama-nama baru mewakili SUPP, PRS dan SPDP, serta latarbelakang calon-calon baru PBB pada tulisan akan datang.
Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat PBB sebentar tadi, berikut ialah calon-calon baru mewakili PBB (nama yang ditebalkan (bold) ialah kawasan yang saya ramalkan akan mempunyai calon baru):
Belawai - Datu Len Talif Salleh (58 tahun)
Semop - Abdullah Saidol (49 tahun)
Beting Maro - Razaili Gapor (55 tahun)
Sadong Jaya - Aidel Lariwoo (39 tahun)
Demak Laut - Dr Hazland Abang Hipni (44 tahun)
Kedup - Maclaine Ben @ Martin Ben (49 tahun)
Nangka - Dr Annuar Rapa'ee (48 tahun)
Lambir - Ripin Lamat (41 tahun)
Saribas - Ricky @ Mohd Razi Sitam (39 tahun)
Telang Usan - Dennis Ngau (43 tahun)
![]() |
| Simoi Peri - DUN Lingga |
Daripada 10 calon baru PBB, 8 daripadanya di bawah usia 49 tahun. Simoi yang dicalonkan semula berusia 47 tahun. Calon muka baru dari kalangan muda dan profesional adalah baik untuk proses peralihan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang dijanjikan.
Senarai penuh boleh dilihat di sini. Insya-Allah, saya akan mengulas nama-nama baru mewakili SUPP, PRS dan SPDP, serta latarbelakang calon-calon baru PBB pada tulisan akan datang.
CALON MUKA BARU DI SARAWAK
Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dijangka mengumumkan senarai nama-nama calon Barisan Nasional untuk pilihanraya negeri itu pada jam 3 petang ini. Maklumat dari parti itu menunjukkan bahawa BN dijangka meletakkan 15 muka baru dari kalangan profesional dan muda menggantikan wakil rakyat sedia ada, di mana sekurang-kurangnya 10 orang dikatakan mewakili PBB.
Berdasarkan perkembangan politik Sarawak, saya menjangkakan kawasan DUN berikut akan mempunyai calon muka baru: Belawai, Beting Maro, Sadong Jaya, Demak Laut, Katibas, Saribas, Kedup, Telang Usan, Lingga, Nangka dan Lambir.
Adakah jangkaan saya ini akan menjadi realiti, kita tunggu pukul 3 petang ini (Ahad)!

Friday, April 1, 2011
CERITA TOK IMAM TAK AMBIL AIR SEMBAHYANG
Arakian, tersebutlah kisah seorang suami (kita namakan Abang Mat) yang malas solat di masjid - termasuklah liat menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Mentua yang solehah amatlah susah hati dengan perangai menantunya itu.
Setelah puas berdoa dan memberikan nasihat, akhirnya Mak Mentua mendapat satu ilham. Mak Mentua yang baru pulang dari mengerjakan umrah itu pun menziarahi menantunya membawa jubah dan serban.
"Mak belikan jubah dan serban ini kepada anak - semoga anak dapat menjadi menantu yang soleh," kata Mak Mentua kepada menantu. Si menantu menerima hadiah dari Mekah itu dengan selamba saja.
Dalam hati, Abang Mat kata ini mesti Mak Mentua nak perli. Bagaimanapun, demi menjaga hati Mak Mentua, si menantu ini pun memakai jubah dan serban baru itu, lalu melangkah dengan penuh bergaya untuk solat Maghrib di masjid.
Tiba di masjid, semua orang memandang Abang Mat dengan penuh kehairanan. Pertama, mereka tak pernah melihat beliau di masjid sebelum ini. Malah, ramai juga jemaah yang berbisik sesama sendiri melihat "tok syeikh" yang kelihatan cukup hebat. Kedua, para jemaah di kampung itu hanya memakai kain pelikat dan baju Melayu saja. "Ini tentu tok syeikh hebat," bisik sesama mereka apabila melihat dia memakai serban dan jubah.
Melihat kehebatan pakaian Abang Mat, tok imam mempersilakannya untuk mengimami solat maghrib berjemaah. Mula-mula Abang Mat menolak, tetapi setelah dipaksa akhirnya dia mara ke hadapan dan menjadi imam.
Abang Mat memang "ada tokoh" menjadi imam. Bacaan dalam solat cukup baik.
Selepas solat, tok imam tadi menghampiri Abang Mat sekali lagi.
Kata tok imam masjid itu, "Hebat bacaan tuan syeikh dalam solat tadi. Mengalahkan imam di Mekah!"
Dengan tersipu-sipu tetapi penuh kebanggaan, Abang Mat menjawab, "Oh, itu belum cukup sedap lagi. Kalau saya ambil air sembahyang sebelum solat, bacaan saya lagi sedap!"

DUA TAHUN NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI
Sejak Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009, beliau telah melakukan pelbagai inisiatif. Antara pendekatan yang ketara ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan tumpuan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri, Najib memperkenalkan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan." dan dari situ menyusul pelbagai program bagi menyokong slogan tersebut.
Sejauh manakah rakyat memahami dan menyokong "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"? Adakah mereka berpuashati dengan kepimpinan Najib dan bagaimanakah mereka melihat keadaan di negara ini secara keseluruhannya sejak Najib menjadi Perdana Menteri. Bagaimanakah pula mereka menilai pencapaian enam bidang tumpuan NKRA?
Berikan pendapat anda! Ambil bahagian dalam kajian atas talian (online survey) dan pastikan pendapat anda diambilkira. Klik di sini untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian akan saya kongsi dalam blog ini dan lain-lain media nanti, insya-Allah.
Terima kasih!

Subscribe to:
Posts (Atom)