Tuesday, May 10, 2011

SETAKAT MANA PELUANG BN DI SELANGOR?

Najib Tun Razak
Minggu lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Barisan Nasional membantu memenangkan parti itu dalam PRU13. Maka, beberapa orang pemimpin politik pembangkang melompat dengan kenyataan tersebut dan cuba menggambarkan Najib mengarahkan BN untuk menang dengan cara yang tidak sah. Saya sebutkan "beberapa orang" kerana jumlahnya terlalu kecil. Sebahagian besar, termasuklah beberapa orang pemimpin pembangkang yang sering berhubung dengan saya menyatakan bahawa harapan Najib itu bukanlah di luar jangkauan (it is not out of reach).

Banyak isu antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat Selangor kini bagaikan api dalam sekam dan belum diselesaikan. Selain itu, Pakatan Rakyat Selangor yang kini diterajui oleh PKR dan didominasikan oleh DAP akan dinilai bukan sebagai pembangkang (seperti pilihanraya lepas) tetapi sebagai kerajaan. Sementara, pada masa yang sama saya lihat BN Selangor sudah mula menyusun strategi dan membina kekuatan baru - sesuatu yang hilang beberapa tahun selepas kehilangan negeri itu dalam pilihanraya umum lepas.

Pada masa ini saya tidak berhajat untuk mengulas isu-isu yang saya sebutkan di atas secara terperinci. Masa untuk kita mengadakan pilihanraya umum masih jauh. Paling kurang, satu tahun dari sekarang. Apabila tiba masanya, nanti saya huraikan secara terperinci.

Adakah BN sudah terlalu kuat untuk mengambilalih Selangor? Belum.

Adakah Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat untuk mempertahankan Selangor? Tidak.

Setakat manakah peluang BN untuk menang di Selangor? Wah, ini soalan cepumas. Beginilah. Biar saya katakan bahawa 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN adalah dalam jangkauan (within reach).

Tak setuju? Tak mengapalah. Saya faham kadang-kadang warna politik menggagalkan kita untuk melihat warna-warna pelangi yang ada di hati rakyat.

Sewaktu pilihanraya negeri Sarawak dulu, saya ramalkan BN tewas 13 kerusi.

Rupa-rupanya, BN tewas 16 kerusi.

Ramalan saya tak tepat, tetapi salah pun tak jauh sangat!

3 comments:

  1. InsyaAllah..mana-mana parti boleh menang jika perjuangan difahami dan diterima rakyat, jentera yg tersusun dan perpaduan dlm parti. BN memang perlu berusaha keras jika ingin memenangi PRU-13 akan dtg dan usaha ini telah digerakkan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Peluang BN di selangor masih ada . Tetapi parti UMNO sendiri mesti di perbaiki segera. Banyak mesyuarat cawangan hanya sekadar mesyuarat tanpa mengira kuota ahli. Ramai masih terasa bila di senarai sebagai pengundi hitam dan saguhati pengundian di pilih pilih untuk di beri. YBB kepada YB mesti ubah sikap mesra bukan berlagak dengan kuasa.

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Malaysia MR Norizan @ Nobisha, saya Hairul Fazli atau dikenali didalam twitter sebagai otaistylish.Pendapat saya, BN mampu merampas kembali negeri Selangor. Tetapi para pemimpin UMNO dan sayap2 nya perlu berkerja keras dari sekarang. Jangan lah PRU13 diumumkan barulah jentera BN baru nak turun padang dan meninjau kawasan. Para Pemuda UMNO harus memainkan peranan yang penting, mendekati belia2. Sebagai contoh, di Subang Jaya, PR sudah mula berkempen. Saya harap Pemuda UMNO, terpaksa cepat bertindak. Tarik minat belia2, menjadi ahli pemuda. Ramai belia2 mengeluh tidak tahu bagaimana hendak mendaftar menjadi ahli Pemuda dan Putri UMNO. Contoh di kawasan2 kecil. Pemuda dan Putri harus berfikir bagaimana untuk mendekati mereka. Pelbagaikan program kemasyarakatan. Sewaktu program tersebut dijalankan, buka tempat untuk mereka mendaftarsebagai ahli. Kita harus tahu bahawa pengundi kalangan orang muda sudah mula meningkat. Sekian Terima Kasih. Diharap pendapat saya ini, tidak menyinggung mana2 pihak..

    ReplyDelete

Engagement di media sosial tidak bermakna sekiranya orang yang lantang bercakap soal akauntabiliti dan transparensi tidak memperkenalkan diri, dan baling batu sembunyi tangan. Saya ingin mengubah cara kita berkomunikasi di media sosial. Sila gunakan nama betul apabila membuat komen di blog ini. Paling kurang, gunakan bahasa yang beradab. Sekiranya tidak, maaf komen itu akan saya bakulsampahkan.