Dalam tulisan saya terdahulu, saya mencadangkan "PAS Sebagai Suara Ketiga" dalam politik Malaysia. Seorang pembaca yang menamakan dirinya "Lutfi" menulis dengan panjang lebar bagi memberikan pandangan terhadap isu ini. Tulisan beliau boleh dibaca di bahagian komentar. Bagaimanapun, untuk manfaat kita semua, saya turunkan tulisan beliau di sini untuk sama-sama kita bahaskan.
Saya bersetuju dengan pandangan Sdr. Nobisha. Saya tidak tahu seramai mana golongan muda, khususnya yang datang dari golongan menengah, atau berada dalam golongan menengah, dan juga golongan yang mempunyai akses dengan internet - yang mula bersikap kritikal terhadap perkembangan politik di Malaysia. Tetapi, saya yakin, ramai sekali yang mula sinikal dengan perjuangan PAS.
Saya melihat politik Malaysia dari kaca mata konsosiasional politik. Itulah sebenar realiti politik Malaysia, dan itulah realpolitik. Saya yakin, PAS, akibat terlalu benci dengan BN, terutamanya UMNO, telah kehilangan visinya, dan mula berpolitik tanpa dasar dan prinsip yang jelas. Apabila saya menyatakan tanpa dasar dan prinsip yang jelas, saya bercakap pada tahap praktikal, yakni tidak dapat dalam pengalamannya.
Saya kira, beberapa perkembangan yang menyentuh isu sosiobudaya dan sosiopolitik, telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Melayu yang menjadi penyokong setia, dan juga 'jatidiri' PAS itu sendiri.
Yang pertama, saya lihat isu kalimah Allah. Untuk pertama kali, isu ini telah dipolitikkan oleh PR, dan untuk pertama kali juga, PAS tidak mempunyai pandangan yang sama. Kita lihat pandangan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din berbeza dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz.
Sepatutnya, dalam konteks isu ini, PAS patut menzahirkan pandangan yang dilihat lebih untuk menjaga akidah umat Islam, kerana kita tahu, isu sebenar di belakang isu tersebut. Tindakan seperti itu telah melunturkan dan mencairkan diri PAS sendiri, yang selama ini dilihat sebagai 'pembela Islam' dalam konteks politik. Dalam kalangan simpatisan PAS, saya yakin, tindakan tersebut menimbulkan kekeliruan besar, dan menyebabkan PAS sendiri diletakkan sebagai objek prejudis simpatisannya.
Kedua, ialah isu 'nasionalisme'. Beberapa penyataan Tuan Guru Dato' Nik Aziz, yang melihat Melayu hanya sebagai satu bangsa, turut menimbulkan persoalan besar. Tindakan tersebut boleh dilihat daripada beberapa sudut. Yang pertama, apakah wujud keperluan untuk mempersoalkan hal tersebut? Apakah keuntungan politik daripada penyataan seperti itu, selain memberikan peluang kepada pihak lain untuk menggunakan kelebihan tersbeut bagi keuntungan sendiri.
Dari sudut yang lain, hal ini juga memperlihatkan ketidakprihatinan Tuan Guru terhadap kajian yang memperlihatkan Melayu sebagai bangsa yang manam, Islam menjadi terasnya. Dalam konteks ini, yang menjadi seseorang itu Melayu atau tidak, ialah Islamnya. Jadi, secara tidak lansung, dan biarpun tanpa niat Mursyidul Am - kritikan beliau terhadap konsep Melayu, yang difahaminya sebagai hanyalah satu bangsa, yang melalui kemunculan yang sama dengan bangsa lain, seperti India, Cina dll sebenarnya menyerang konsep Melayu seperti yang difahami oleh ramai masyarakat Melayu sendiri. Jadi, tindakan itu melunturkan 'wajahnya yang dilihat pembela Melayu-Islam'.
Saya yakin, pelbagai isu sosiobudaya dan sosiopolitik akan terus dimainkan oleh pelbagai pihak. Keterlibatan PAS dalam menangani isu yang timbul akan menentukan wajah PAS selepas ini, dan akan dinilai oleh masyarakat. Isu Interlok dan kini isu 'paria' dalam Kamus Dewan hanya dipandang sepi oleh PAS - seolah isu-isu itu bukan isu 'Islam'.
Jika PAS terus menyepi, maka keyakinan masyarakat terhadap PAS dari kalangan pertengahan yang kritikal, yang tidak melihat kata-kata Mursyidul Am sebagai maksum dan harus diikuti - akan menyebabkan PAS terus terpinggir dari golongan ini.
Untuk itu, PAS harus kembali waras dalam percaturan politik di negara kita. Mereka seharusnya yakin diri, dan menampilkan wajah Islam yang kulli, yang bukan hanya berani terhadap UMNO dan BN - tetapi juga PKR dan DAP - yang kelihatannya menjadi punca kesenyapan mereka dalam isu sosiopolitik dan sosiobudaya yang disebutkan di atas.Sila klik di sini untuk membaca tulisan saya, "PAS Sebagai Suara Ketiga."

bagaimana soal bible dalam bahasa melayu.. menunjukkan PAS tak faham agenda sebenarnya ialah murtad atau sengaja tak nak ambil pot..
ReplyDeleteMenarik mengenai dasar PAS yang dikatakan telah tersasar dari dasar-dasarnya, adalah keterlibatan PAS dalam Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi memerintah bersama DAP, yang jelas lagi nyata, terang lagi bersuluh menolak konsep negara islam
ReplyDeleteMungkin PAS sudah lupa, 'melayu mudah lupa', orang PAS juga melayu walau mengutamakan 'islam' dari 'melayu'.
'Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara islam, langkah mayat kami dahulu' kata Encik Karpal Singh.
Kenyataan yang bertarikh 18 Oktober 1990 di Utusan Malaysia. Ingin kepastian carilah artikal berkenaan di arkib negara.
Merenung situasi di Asia barat, perlukah ada satu gerakan untuk mengantikan dasar-dasar perjuangan PAS yang tidak berkonsepkan 'kepolitikan' untuk menjayakan agenda sebuah negara islam di bumi melayu.
Mungkin ada berpendapat demokrasi di Malaysia masih lagi relevan.
Mengaitkan dasar PAS, ia dilihat gagal diperjuangkan oleh PAS dalam konteks Demokrasi Berparlimen.
saya suka melihat gambar diatas tu.. ia jujur.. ia bersemangat waja.. bukan mudah utk menggagahi diri bagi seorang wanita sambil mengibarkan panji hijau putih itu.. kalau umno gagal bersatu dengan parti hijau putih ini.. sekalipun umno menang.. umno tetap bukan pilihan popular orang melayu.. sebab melayu itu bukan umno sahaja.. parti hijau putih itu juga punya sokongan kuat dari majoriti melayu..
ReplyDeletesaya pernah menghantar komen di artikel ini
ReplyDeletetapi kenapa tidak disiarkan ?
rasa nya dahulu tidak begini
selagi saya menghantar komen yang tidak mencarut
menulis dengan bahasa yang mudah dibaca dan difahami ?
harap tuan Norizan dapat memberi penjelasan