Semalam wartawan Harakah menghubungi saya, meminta komen mengenai pilihanraya Sarawak. Mulanya beliau bertanya mengenai peranan media sosial, kemudian kami berdiskusi mengenai strategi PAS di Sarawak. Jawapan saya hampir sama dengan apa yang saya tulis di blog ini sebelum ini. Saya katakan bahawa mesej yang ingin dibawa oleh PAS dalam pilihanraya Sarawak tidak jelas. Malah, dalam blog ini juga saya sebutkan bahawa PAS seperti mencedok tema kempen DAP, tanpa strategi yang jelas. Terserahlah sama ada penyokong PAS ingin menerima komen tersebut secara positif atau sebaliknya.
Saya cukup yakin pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS cukup jelas dengan perjuangan parti. Mereka dididik melalui usrah, tamrin dan sebagainya. Bagaimanapun, "real politics" memaksa mereka bertindak dengan cara yang akhirnya membuatkan masyarakat bertanya, "Apakah perjuangan PAS sebenarnya?"
Di Sarawak, saya bertanya beberapa orang mengenai apakah yang mereka fahami dengan perjuangan PAS. Daripada sekitar 10 orang yang saya tanya, hampir kesemua memberikan jawapan yang mempunyai perkataan "ekstrim." Saya percaya PAS menafikan parti itu ekstrim. Malah, saya juga tidak setuju PAS itu ekstrim. Namun, itu tidak penting. Apa yang penting ialah itu persepsi sebahagian masyarakat Sarawak mengenai PAS. Kalau begitu, saya boleh simpulkan bahawa PAS menghadapi krisis identiti.
Sewaktu Muktamar PAS ke 55 pada tahun 2009 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, saya melihat tidak ada sepatah pun perkataan "Islam" di banner atau bilboard yang dipasang sekitar kawasan muktamar tersebut. Kalau ada pun, ia ditulis dalam tulisan jawi sebagai sebahagian nama PAS itu sendiri. Bukan sahaja orang bukan Islam tidak dapat membaca tulisan jawi, malah orang Islam pun ramai tak dapat membacanya.
Slogan bernada Islam seperti "Membangun Bersama Islam" digantikan dengan "PAS for All." Seorang sahabat bertanya saya mengapakah tidak gunakan slogan "Islam for All" sesuai dengan sifat kesempurnaan (syumul) Islam itu sendiri. Saya jawab, saya tak ada jawapan. Mungkin "real politics" memaksa PAS untuk menggunakan strategi demikian. Bagaimanapun, soalan sahabat tadi menunjukkan bahawa dia juga keliru dengan identiti PAS.
Terus-terang saya katakan bahawa PAS mempunyai potensi besar dalam politik Malaysia. Bagaimanapun, "real politics" menjadikan parti itu berasa kerdil.
Bagi saya, PAS boleh merealisasi potensi untuk menjadi "king maker" dalam politik Malaysia dengan memposisikan dirinya sebagai "the guardian of Islam." PAS tidak perlu ke kiri atau ke kanan. PAS tidak perlu mempertahankan tindak tanduk PKR atau DAP, dan ia juga tak perlu condong kepada BN. PAS wajar kekal sebagai sebuah parti yang berdiri sendiri. Betul atau salah, bukan ditentukan oleh "political expediency" seperti sekarang. PAS harus dilihat berani menegur PKR dan DAP, sama seperti keberaniannya menentang BN.
Sekiranya PAS mampu berbuat demikian, maka orang akan melihat PAS sebagai sebuah parti berprinsip. Sebahagian pemimpin PAS selalu menegur "ulamak" yang tidak membetulkan kemungkaran sebagai "ular dalam semak" atau "syaitan bisu." Apabila pemimpin PAS mendiamkan diri melihat kesalahan PKR dan DAP (kedua-dua parti ini bukan maksum), maka adakah gelaran itu boleh dikembalikan kepada mereka? Atau, gelaran "Alamak!" lebih sesuai?
Dalam konteks demokrasi di Malaysia dan atas semangat menjadi "guardian of Islam," saya fikir PAS wajar memainkan peranan sebagai suara ketiga. Kita dapat melihat bagaimana dalam konteks politik di Malaysia, kaum Cina bermain politik dengan cukup hebat sehingga memaksa kedua-dua belah pagar politik sujud, atau pun sekurang-kurangnya tunduk kepada kehendak mereka. Mengapakah PAS tidak merealisasikan potensi yang ada untuk menjadi suara ketiga bagi mendesak BN, PKR dan DAP untuk lebih responsif kepada tuntutan Islam?
Pada masa ini, PAS mempunyai 16 kerusi Dewan Rakyat dan sekiranya ia bertindak sebagai suara ketiga, saya fikir parti itu boleh menjadi satu kuasa yang kuat di Parlimen Malaysia. PAS boleh menggunakan kedudukan strategik ini untuk "collaborate" dengan mana-mana pihak yang dilihat melakukan sesuatu yang menguntungkan Islam.
Seperti yang selalu disebutkan oleh pemimpin PAS (dan saya percaya mereka ikhlas dalam soal ini), perjuangan PAS ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya dengan bekerjasama dengan BN bagi "co-sponsor" insiatif tertentu di Parlimen, mengapa tidak PAS bersikap terbuka dalam soal ini? Ini bukan bermaksud PAS harus menyokong BN sepanjang masa. Dalam isu-isu tertentu, PAS boleh menyokong DAP dan juga PKR. PAS boleh membentuk kerajaan campuran (coalition government) bersama DAP dan PKR di negeri-negeri tertentu dan menjadi pembangkang kepada kedua-dua parti itu di negeri lain.
Kemampuan PAS untuk melonggarkan ikatan politik dengan lain-lain parti akan meletakkannya sebagai suara ketiga yang dihormati.
Saya tahu nanti akan ada orang berkata cadangan saya itu akan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Begitulah, setiap kali apabila ada cadangan baru, pasti ada suara-suara sumbang yang melihatnya dari kacamata sedemikian. Apa nak buat, itulah cara sesetengah orang melihat politik. Itulah saja cara yang kita tahu.
Ah, mungkin saya lupa, itulah "real politics."
Dan, dalam konteks Malaysia, "real politics" adalah politik pertentangan. Politik hitam dan putih. Sehingga akhir sekali kita gagal melihat warna-warna pelangi yang jauh lebih indah!
Ya, Pas ada sedikit keliru lantaran terpedaya dengan "kesyumulannya" hingga tak tau nak fokus apa ketika kempen pilihan raya. Woooo
ReplyDeletekalau menyuruh pas berhenti bekerjarsama dgn pkr & dap, ianya ibarat melepaskan tengkuknya dari tali tambatan pr! pas bergerak hanya jika di arahkan pkr & dap. pas tidak berani bertindak sendiri selagi di bawah pkr & dap.
ReplyDeletejika pas bertindak meninggalkan pr & bergerak sendiri, rasanya ramai orang melayu akan kembali menyokong pas. terutamanya jika umno gagal menunjukkan perubahan dari segi permainan politik memilih bulu & kurang prihatin terhadap masyarakat pinggir & luar bandar.
ikhlas aku katakan, pas di zaman ust. fadhil noor lebih tajam taring mereka! sekarang ni mereka terlalu tunduk kpd dap hingga sanggup membiarkan diri mereka ditunggangi oleh limkitsiang, karpalsingh & anwar anak beranak!
niat pas mahu menjatuhkan umno/bn tapi mereka lupa putrajaya tetap milik dap dgn nwar diletakkan di kerusi PM atas kapasiti melayu Islamnya namun kuasa sebenar dlm genggaman dap!, ia bukan milik pas...akhirnya nanti pas hanya akan berkubu di kelantan sj...
Pada saya PAS gagal menyelami hasrat tersirat parti gabungan PR... Ibarat budak lurus bendul yg selalu kena buli zaman sekolah2 dulu... Seorang yg pintar sahaja smart dlm membuat keputusan akan sukar utk berjaya realiti masyarakat... Ketegasan pada sesuatu isu akan membuat kan masyarakat islam melayu hormat pada sesuatu parti... Sikap memdiam diri dan takut dlm sesuatu isu kerana takut kehilangan keuntungan politik, serta menjaga perpaduan pakatan PR pada saya akan memberi kesan yg lbh teruk terhadap keyakinan masyarakat islam terhadap pas... Kejujuran DAP perli di curigai... Kalau brnar DAP jujur PAS harus diberi kerusi di bandar... Kalau UMNO boleh bg kerusi di kawasan majoriti melayu pada MCA dan MIC mengapa PAS tak tuntut... Bagaimana masyarakat islam hendak meyatakan bahawa PAS tegas... Sokongan dr prnyokong Dr pengikut PAS di banadar banyak
ReplyDeletememberi faktor besar terhadap DAP... pAS juga gagal menganalisa stastistik dgn baik... Saya tidak yakin jika PR menang suatu hari nanti PAS gagal mrnjadi tunjang kepada pakatan PR... mana mungkin PAS yg buksn majoriti flm pakatan boleh mrnjadi ketua kepada pakatan PR... Realitinya org melayu adalah majoriti negara ini...60% lebih... Kalau dah di bahagi 2 parti ( umno) 52% dan dan PAS 48% mana mungkin PAS boleh jadi majoriti.. Akhirnya minoriti 38% akan mrnentukan... Dgn ini perpaduan melayu amat penting.. Kita kena bersatu.. Tak boleh tidak kalau nak menjadi kuat..di semenanjung harus bersedia dgn penguasaan DAP di bandar seertu negeri9, pahang, perak, selangor, peneng jgn cakap la... Jgn kesilapan kita hari ini akan anak cucu kita menerima padahnya.... Saya amat kagum perpaduan masyarakat CINA seia sekata, senada.. Bukan sahaja di semenanjung sahaja ... Di pelusuk pedalaman, di hulu di hilir, di utara di selatan, dibarat di timur,, di pulsu di darat semuanya seia sekata... Harap renungkan...
Salam Tn,
ReplyDeleteSaya masih menunggu politik matang daripada mana-mana pihak seperti yang tuan cadangkan..
politik kepartian telah menghakis segalanye..
1/ Pandangan yang mungkin juga ramai dari mesyarakat berpandangan sama. Saya sendiri tertanya -tanya , apakah matlamat, visi dan strategi PAS. Strategi dan tindakan dan ucapan-ucapan pemimipin PAS , sukar difahami oleh oarang awam seperti saya. strategi sangat penting untuk mencapai matlamat. Saya pernah menyuarakan , tetapi saya disalahkan kerana kurang memahami matlamat PAS dan tidak memahami Islam. Jika saya tidak memahami , bagaimana PAS akan mendapat sokongan.
ReplyDelete2/ Adakah cukup untuk PAS mendepankan Islam sebagai matlamat perjuangan mereka dengan cara mencanangkan slogan tersebut sebagai strategi utama mereka?. Sebgaimana Sdr sebut dalam ' real politics" slogan Islam boleh dikurangkan asalkan isi perjuangan dan matlamat itu Islam . Slogan Islam memberi tanggapan negatif seperti extreme tidak dapat dielakkan dalam persekitaraan semasa. Lebih-lebih lagi apabila perbincangan Islam sebelum ini, oleh PAS sendiri berkisar kepada hudud dan hukuman. Fundamental/objektif Islam itu tidak diketengahkan secara prinsip dan tindakan. ( Maqasid ash shariah dibawa oleh selangor baru-baru ini dalam satu seminar).Islam menumpukan kepada isu/perkara, perkara betul disokong walau siapa mebawanya dan dibangkang jika salah walaupun kawan membawanya.
3/ Dimana PAS memaparkan matlamat dan strategi mereka?, " message" oleh PAS dalam Harakah dan ceramah tidak menggambarkan strategi yang boleh nampak dan difahami.
sebenarnya - kalau ahli2 PAS tunjukkan akhlak mulia dan baik - tak mustahil PAS dapat menambat hati semua orang.
ReplyDeletemalangnya bila becakap tentang PAS - orang akan terbayang tentang ahli2 PAS yang mempertahankan Tok Guru mereka seolah Tok Guru mereka maksum - orang PAS berkata orang UMNO akhlak tak elok, rasuah, minum arak, main perempuan tapi ahli PAS sendiri tunjuk perangai busuk dengan mengumpat dan mengeji peribadi orang secara terbuka. Tak ubah macam periuk mengata kuali hitam.
Saya sebagai generasi muda dah bosan dengan politik kepartian. Dalam pilihanraya, tak kira BN atau PR, asalkan calon yang dikemukakan berintegriti, saya akan sokong. Kalau calon BN & PR sama2 busuk - saya rela koyakkan kertas undi daripada menyokong orang tak berintegiti jadi pemimpin
Tuan,
ReplyDeleteCadangan supaya PAS menjadi co-sponsor utk BN di parlimen hanya menguntungkan UMNO saja. PAS tidak mendapat apa2 pun. sedangkan BN sendiri anti dasar seperti itu. BN mengharamkan ahli komponen mengundi utk menentang atau berkecuali usul yg dibawa oleh BN. adun bn di penang dulu pernah kena. sharil samad pernah kena. kalau PAS mengikut saranan tuan saya yakin umno akan bersorak sakan dan rakan pakatan akan menyumpah.
konsep parlimen kita tak seperti di amerika, dimana ahli parti wajib mengundi ikut blok. sedngkan kongres amerika bebas menentang usul parti sendiri jika mereka merasakan dasar itu tidak baik utk rakyat.
Salam.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan Sdr. Nobisha. Saya tidak tahu seramai mana golongan muda, khususnya yang datang dari golongan menengah, atau berada dalam golongan menengah, dan juga golongan yang mempunyai akses dengan internet - yang mula bersikap kritikal terhadap perkembangan politik di Malaysia. Tetapi, saya yakin, ramai sekali yang mula sinikal dengan perjuangan PAS.
Saya melihat politik Malaysia dari kaca mata konsosiasional politik. Itulah sebenar realiti politik Malaysia, dan itulah realpolitik. Saya yakin, PAS, akibat terlalu benci dengan BN, terutamanya UMNO, telah kehilangan visinya, dan mula berpolitik tanpa dasar dan prinsip yang jelas. Apabila saya menyatakan tanpa dasar dan prinsip yang jelas, saya bercakap pada tahap praktikal, yakni tidak dapat dalam pengalamannya.
Saya kira, beberapa perkembangan yang menyentuh isu sosiobudaya dan sosiopolitik, telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Melayu yang menjadi penyokong setia, dan juga 'jatidiri'PAS itu sendiri.
Yang pertama, saya lkihat isu kalimah Allah. Untuk pertama kali, isu ini telah dipolitikkan oleh PR, dan untuk pertama kali juga, PAS tidak mempunyai pandangan yang sama. Kita lihat pandangan Tn Guru Harun Din berbeza dengan Mursyidul AM. Sepatutnya, dalam konteks isu ini, PAS patut menzahirkan pandangan yang dilihat lebih untuk menjaga akidah umat Islam, kerana kita tahu, isu sebenar di belakang isu tersebut. Tindakan seperti itu telah melunturkan dan mencairkan diri PAS sendiri, yang selama ini dilihat sebagai 'pembela Islam' dalam konteks politik. Dalam kalangan simpatisan PAS, saya yakin, tindakan tersebut menimbulkan kekeliruan besar, dan menyebabkan PAS sendiri diletakkan sebagai objek prejudis simpatisannya.
Kedua, ialah isu 'nasionalisme'. Beberapa penyataan Tn Guru Nik Aziz, yang melihat Melayu hanya sebagai satu bangsa, turut menimbulkan persoalan besar. Tiundakan tersebut boleh dilihat daripada bebera[a sudut. Yang pertama, apakah wujud keperluan untuk mempersoalkan hal tersebut? Apakah keuntungan politik daripada penyataan seperti itu, selain memberikan peluang kepada pihak lain untuk menggunakan kelebihan tersbeut bagi keuntungan sendiri. Dari sudut yang lain, hal ini juga memperlihatkan ketidakprihatinan Tn Guru trerhadap kajian yang memperlihatkan Melayu sebagai bangsa yang manam, Islam menjadi terasnya. Dalam konteks ini, yang menjadi seseorang itu Melayu atau tidak, ialah Islamnya. Jadi, secara tidak lansung, dan biarpun tanpa niat Mursyidul Am - kritikan beliau terhadap konsep Melayu, yang difahaminya sebagai hanyalah satu bangsa, yang melalui kemunculan yang sama dengan bangsa lain, seperti India, Cina dll sebenarnya menyerang konsep Melayu seperti yang difahami oleh ramai Masyarakat Melayu sendiri. Jadi, tindakan itu melunturkan 'wajahnya yang dilihat pembela Melayu Islam'.
Saya yakin, pelbagai isu sosiobudaya dan sosiopolitik akan terus dimainkan oleh pelbagai pihak. Keterlibatan PAS dalam menangani isu yang timbul akan menentukan wajah PAS selepas ini, dan akan dinilai oleh masyarakat. Isu Interlok dan kini isu 'Paria' dalam Kamus Dewan hanya dipandang sepi oleh PAS - seolah isu-isu itu bukan isu 'Islam'.
Jika PAS terus menyepi, maka, keyakinan masyarakat terhadap PAS dari kalangan petrtengahan yang kritikal, yang tidak melihat kata-kata Mursyidul Am sebagai maksum dan harus diikuti - akan menyebabkan PAS terus terpinggir dari golongan ini.
Untuk itu, PAS haru kembali waras dalam percaturan politik di negara kita. Mereka seharusnya yakin diri, dan menampilkan wajah Islam yang kulli, yang bukan hanya berani terhadap UMNO dan BN - tetapi juga PKR dan DAP - yang kelihatannya menjadi punca kesneyepan mereka dalam isu sosiopolitik dan sosiobudaya yang disebutkan diatas.
saya sangat berminat dengan artikel yg ditulis tuan...banyak lagi yang perlu saya belajar tentang politik kepartian negara ini.
ReplyDeleteMasalah PAS apabila ditegur, pengikut mereka mengatakan bahawa anda seorang pencacai UMNO. Anda bukan Islam sejati. Anda tidak layak bercakap pasal PAS. Kesudahannya maka PAS kini hanya menjadi Parti yang mmperjuangkan sebuah undi. Bukan lagi berjuang atas prinsip Islam itu sendiri. Memang benar pendapat Tuan Norizan. Ke mana hilangnya slogan membangun bersama Islam. Yang ada PAS For All. (Israel pun pernah guna slogan yang sama). Tapi apabila BN guna 1Malaysia, pelbagai tuduhan zionisme dilemparkannya. Seolah-olah kerajaan sekarang pendokong kuat Zionis dan Freemason. Padahal seluruh dunia dah tahu hanya pemimpin Islam Malaysia sahaja yang berani mngutuk Israel. dan kepmimpinan negara itu adalah diterajui oleh BN dan Tun Mahathir sebagai gerak bicara mulanya.
ReplyDeleteaku sampai sekarang belum menjadi ahli mana2 parti lagi...(tapi dah daftar mengundi)
ReplyDeletekalau hendak dibandingkan parti melayu yg ada kat Malaysia ni parti PAS la yg paling baik untuk dijadikan wadah perjuangan.(ini pendapat aku) org lain aku tak tahu.
selalu aku dengar org kata kat parti PAS..kata parti islam apasal perangai ahli macam itu. dan satu lagi selalu sangat dengar hujah kalau boleh PAS jgn sesuatu perkara(yg UMNO boleh buat) dengan alasan jgn ulangi kesilapan UMNO...dan seterusnya menghentam PAS seteruk teruknya...tepuk dada tanya selera. SBB kebanyakkan org melayu telah lama ditanamkan dengan istilah HANYA UMNO SAHAJA YG BOLEH MEMBELA ORG MELAYU(betul ke?). PAS parti utk baca doa sahaja dan tak mampu utk memerintah(betul ke?)....masing2 dah tau isi hati sendiri jgn kita berpura2 itu je... yakan nobisha
Saya percaya bloger yang tidak memihak kepada mana2 parti akan mendapat tempat di hati pembaca. Bloger perlu berani memberi pendapat tanpa terpengaruh dgn parti politik yg mereka sokong. Bloger kena berani menegakkan kebenaran walaupun di kutuk oleh pembaca yg pro pada satu- satu parti. Saya amat kecewa hampir tiada bloger yg ingin membuat comment di ruang comment dlm malaysiakini, comment yg di beri amat menakutkan, majoriti mereka menggambarkan seolah- olah org melayu telah terhakis semangat kemelayuanya, pada saya ianya bukan setakat terhakis tapi hilang sepenuhnya dii litupi persepsi yg berjaya di bina oleh parti yg tidak bertanggungjawab. Mereka menghina pemimpin yg ingin membela bangsa mereka, mengapa mereka jadi begini...mereka gagal memahami yg tersiarat, agenda DAP sangat halus, mereka samakin seronok dan yakin membuat proaganda sedang kan kita hayal dek kerana seronok berpolitik. mereka berani kerana kita tidak membantah malah menyokong kononya atas hak kesamarataan, mereka lupa akan melayu yg di kampung yg masih mengharapkan bantuan, ekonomi, pendidikan, perumahan. Bloger kena berani membuat comment di malaysiakini jgn biar kan mereka yg membuat comment berdasarkan emosi, semangat berparti yg tinggi tanpa menghiraukan kepentingan islam dan melayu... JGN BIARKAN COMMENT MEREKA SEOLAH-OLAH MENCERMINKAN PANDANGAN MASYARAKAT ISLAM...KESAL DGN MALAYSIAKINI GAGAL MENYATUKAN MASYARAKAT TETAPI LEBIH PADA AGENDA TERSEMBUNYI... PADANGAN YG BERNAS SERTA TIDAK MEMIHAK PADA MEREKA TIDAK DI TERBITKAN BAGI MENGGAMBARKAN IA ADALAH PENDAPAT MAJORITI.... Saya dah cuba brberapa kali tapi semua commenta tidak diterbitkan...sahut cabaran saya agar bloger dapat membentuk masyarakat yg sayang akan bangsa dan agamanya.. Assalamualaikum
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya tidak nampak apa yang tuan maksudkan dengan krisis indentiti itu snediri. Mungkin PAS perlu tajdidkan parti mereka supaya parti itu dapat mengantikan UMNO. Bukankah PAS sedang melaungkan slogan Pas ganti UMNO?
PAS bergerak maju depan untuk membuktikan bahawa PAS diterima oleh rakyat Malaysia. Disebabkan itulah PAS memperkenalkan "PAS for All". Soal Islam itu tidak timbul kerana ada apa pada nama?PAS ingin membuktikan parti mereka menjadi milik rakyat Malaysia.
Walaupun begitu, saya sendiri nampak kelemahan PAS iaitu masih bersikap feudal seperti UMNO dalam soal pemilihan pemimpin. PAS juga seakan hanyut disebabkan dminasi PKR dan DAP.
Saya percaya jika PAS membaiki kelemahan yang ada mereka boleh mendominasi parlimen dan dun dan muncul sebagai parti memerintah yang mengantikan BN>