Friday, April 1, 2011

DUA TAHUN NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI

Sejak Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009, beliau telah melakukan pelbagai inisiatif. Antara pendekatan yang ketara ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan tumpuan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri, Najib memperkenalkan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan." dan dari situ menyusul pelbagai program bagi menyokong slogan tersebut.

Sejauh manakah rakyat memahami dan menyokong "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"? Adakah mereka berpuashati dengan kepimpinan Najib dan bagaimanakah mereka melihat keadaan di negara ini secara keseluruhannya sejak Najib menjadi Perdana Menteri. Bagaimanakah pula mereka menilai pencapaian enam bidang tumpuan NKRA?

Berikan pendapat anda! Ambil bahagian dalam kajian atas talian (online survey) dan pastikan pendapat anda diambilkira. Klik di sini untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian akan saya kongsi dalam blog ini dan lain-lain media nanti, insya-Allah.

Terima kasih!

0 comments:

Post a Comment

Engagement di media sosial tidak bermakna sekiranya orang yang lantang bercakap soal akauntabiliti dan transparensi tidak memperkenalkan diri, dan baling batu sembunyi tangan. Saya ingin mengubah cara kita berkomunikasi di media sosial. Sila gunakan nama betul apabila membuat komen di blog ini. Paling kurang, gunakan bahasa yang beradab. Sekiranya tidak, maaf komen itu akan saya bakulsampahkan.