Sunday, April 3, 2011

CALON MUKA BARU DI SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dijangka mengumumkan senarai nama-nama calon Barisan Nasional untuk pilihanraya negeri itu pada jam 3 petang ini. Maklumat dari parti itu menunjukkan bahawa BN dijangka meletakkan 15 muka baru dari kalangan profesional dan muda menggantikan wakil rakyat sedia ada, di mana sekurang-kurangnya 10 orang dikatakan mewakili PBB.

Berdasarkan perkembangan politik Sarawak, saya menjangkakan kawasan DUN berikut akan mempunyai calon muka baru: Belawai, Beting Maro, Sadong Jaya, Demak Laut, Katibas, Saribas, Kedup, Telang Usan, Lingga, Nangka dan Lambir.

Adakah jangkaan saya ini akan menjadi realiti, kita tunggu pukul 3 petang ini (Ahad)!

2 comments:

  1. Salam 1Malaysia tuan,

    ada lagi muka baru, di N38 Jemoreng, N61 Bekenu.

    N38 kalau bukan MP Igan Datuk Wahab Dollah ada nama lain, dan di Bekenu SPDP ada calon baru..

    ReplyDelete
  2. dun semop telah ditukar kepada lye dol...kebanyakan pemimpin dari kalangan melanau/melayu islam dalam PBB yang ditukar

    ReplyDelete

Engagement di media sosial tidak bermakna sekiranya orang yang lantang bercakap soal akauntabiliti dan transparensi tidak memperkenalkan diri, dan baling batu sembunyi tangan. Saya ingin mengubah cara kita berkomunikasi di media sosial. Sila gunakan nama betul apabila membuat komen di blog ini. Paling kurang, gunakan bahasa yang beradab. Sekiranya tidak, maaf komen itu akan saya bakulsampahkan.