Wednesday, April 6, 2011

BELAJAR POLITIK DAYAK SARAWAK

Sejuk hati membaca kenyataan dua orang calon pilihanraya Negeri Sarawak mengenai lawan masing-masing. Peguam dan Ketua Pemuda SPDP, Ba'kalalan, Willie Liau ketika mengulas mengenai lawannya  berkata (The Star, 6 April 2011):

"We have the same objectives in politics but different channels or mode of doing it." 

Willie Liau ialah calon Barisan Nasional yang akan menentang Baru Bian (PKR) di DUN Ba'kalalan. Sementara itu, calon BN Telang Usan, Dennis Ngau Jok dilaporkan oleh Borneo Post (6 April 2011) sebagai:

"On the decision of Kebing and Harrison to contest, Dennis said he respect them as eldest in accordance with the Kayan tradition, and their keenest to contest showed their concern towards the people in the area."

Sudah agak lama kita tidak mendengar kenyataan seperti di atas dari pemimpin politik Semenanjung yang tenggelam dengan politik pertentangan. Eloklah kita belajar berpolitik dari kedua-dua pemimpin kaum Dayak ini yang pernah disifatkan oleh seorang pemimpin politik Semenanjung sebagai "tidak tahu membuat pilihan yang betul" (Malaysiakini pada 11 Julai 2009).

5 comments:

  1. Salam Tuan,

    Saya baru 6 bulan bekerja di Sarawak. Kadang2 bila ada masa berbual dengan orang sini pasal politik - cara mereka memandang politik jauh lebih matang berbanding orang di sini. Mereka tak mementingkan sangat hal kepartian - asalkan objektif untuk menjaga kepentingan rakyat tercapai.

    Harap2 begitulah selama-lamanya di sini.

    ReplyDelete
  2. Fahaman politik Willie Liau menunjukan kematangan berpolitik. Politikus juga perlu berperanan sebagai pendidik, pengajar, pemikir dan contoh kpd rakyat. BUKAN hanya untuk mencaci, memaki hamun dan mengkutuk parti lawan

    ReplyDelete
  3. Sdr Kari dan Sdr Ahmad Rais,

    Saya melihat orang Sarawak bijak berpolitik dan penuh berhemah. Yang tua menghormati yang muda dan mereka tidak suka pendekatan politik yang agresif dan melampau. Ini sewajarnya dicontohi.

    ReplyDelete
  4. Politik Sarawak jauh lebih matang dan inilah dapat kita liohat dengan first CM Stephen Kalong Nongkan yg memperjuangkan hak anak Sarawak

    Sarawakian ini bila mereka menentang lawan mereka hormati Eldest iaitu pemimpin masyarakat banyak sebab - di Sarwak calon Bebas spt Harrison dan Kebing adalah pemimpin yg dikenali sedangkan calon BN Ba Kelalan orang luar walaupon dia diam di Ba Kelalan-Jik adia tak hormati Elders atau pemimpion komuniti dia sudah kalah sebelum bertandaing dan bila ditakdirkan pon menang dalam pilihanraya takkan dapat kerjasama dalam masyarakt sekeliling

    Bila saya bercakap konsep Sarawak for Sarwakians, ya mereka kaum dayak menghormati keputrusan Taib Mahmood tapi ingat hati mereka juga terguris kerana meletakkan calon bukan tempatan (read bukan dayak) di sini

    PBB , SUPP dan SPDP bermula sebagai parti berbilang bangsa tapi akhirnya PBB lebih bertunjangkan Melanau/Melayu Sarwak sedangkan SUPP dan SPDP bertunjangkan Cina

    Dulu ada PBDS yg sentiasa mendapat tempat di hati Dayak

    Tanpa PBDS, ada SNAP dan saya tahu tujuan mereka sebenarnya keluar dr pembangkang di Semenanjung- membuktikan mereka anak Sarawak dan mengotakan konsep Sarawak For Sarawakians,
    Sentimen di Sarawak, calon parti komponen BN Sarawak boleh kalah dgn PBDS atau calon bebas-tapi mereka sekali kali takkan benarkan politik Sarawak di jajah oleh minda dan perangai politik Semenanjung dan mengundi parti Semenanjung iaitu DAP, PKR apatahlagi PAS

    ReplyDelete
  5. apa perkembangan terbaru politik s'wak?
    - Zamre Ab. Wahab

    ReplyDelete

Engagement di media sosial tidak bermakna sekiranya orang yang lantang bercakap soal akauntabiliti dan transparensi tidak memperkenalkan diri, dan baling batu sembunyi tangan. Saya ingin mengubah cara kita berkomunikasi di media sosial. Sila gunakan nama betul apabila membuat komen di blog ini. Paling kurang, gunakan bahasa yang beradab. Sekiranya tidak, maaf komen itu akan saya bakulsampahkan.