Saturday, April 9, 2011

APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI PILIHANRAYA SARAWAK?

Sejauh manakah pengetahuan anda tentang politik Sarawak?

Untuk mendapatkan jawapannya, saya telah membuat "online survey" dan bertanya 10 soalan. Seramai 475 orang mengambil bahagian dalam tempoh antara 6 hingga 9 April 2011. Berikut ialah keputusannya:

Soalan-soalan yang dapat dijawab dengan CEMERLANG! (76% - 100% responden menjawab dengan betul)

86.4% menjawab dengan tepat bilangan kawasan DUN Sarawak yang ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya kali ini iaitu 5 kerusi.

81.3% dapat menyatakan jumlah kawasan (kerusi) dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, iaitu 71 kerusi.

78.0% mengetahui bahawa pilihanraya yang akan diadakan pada 16 April 2011 ini ialah pilihanraya kali ke 10 bagi Negeri Sarawak.

Keputusan AGAK BAIK! (51% - 75% menjawab dengan betul)

71.5% tahu bahawa SNAP bukan parti komponen Barisan Nasional di Sarawak?

70.3% dapat mengenalpasti "Inanam" bukan nama kawasan Dewan Undangan Negeri di Sarawak.

64.0% mengetahui PKR mempunyai hanya satu kerusi DUN sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan baru-baru ini.

59.8% tahu bahawa PKR adalah parti yang manakah bertanding paling banyak kerusi DUN dalam pilihanraya Negeri Sarawak kali.

55.6% mengetahui Ketua Pemuda PBB Sarawak ialah Datuk Fadhilah Yusof.

Jawapan sekadar MEMUASKAN! (kurang 50% memberikan jawapan yang tepat)

42.1% dapat menjawab bahawa SNAP ialah satu-satunya parti yang tidak mencalonkan seorang pun calon wanita dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini?

41.4% responden tahu bahawa DAP ialah parti yang akan bertanding melawan calon Barisan Nasional di kawasan DUN Pending.

* * * * *

Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam "ujian" ini. Saya serahkan kepada anda untuk membuat rumusan sendiri kepada dapatan ini!

5 comments:

  1. Insyallah Tuan, melalui pengamatan saya, rasanya Akan berlaku Tsunami 2008 pd Kali ini, setidak2nya menafikan maj 2/3..

    ReplyDelete
  2. InsyAllah, semoga PR berjaya memerintah Sarawak.
    Bos saya berkampung di Beting Maro hampir seminggu, nnt dia nak pi lagi. Dia cakap mmg sambutan gila2, tak macam dulu. tapi yah, belum pasti juga boleh menang. hehe. yang penting usaha, berdoa dan bertawakkal.

    ReplyDelete
  3. Saya harap tuan dapat mengulas pandangan berikut & mengangkat ianya sebagai satu tajuk dalam posting tuan..

    "Dwi standard media arus perdana terhadap BN dan Pakatan Rakyat sudah lama wujud di Malaysia, dan tidak ada tanda-tanda keadaan akan berubah di bawah kerajaan pimpinan Najib" even worse..

    ReplyDelete
  4. Tsunami berlaku bukan sepanjang masa, fitnah berlaku dengan terjemaah kebenaran. Rakyat semakin pandai Film Lela Manja(1960) satu bukti membuktikan fitnah untuk kuasa ada kebenaran. Negeri yang di tadbir banyak pembohongan janji tinggal janji merana rakyat dengan pembohongan. merana rakyat Selangor dengan pembohongan politik. yang miskin bertambah miskin dengan harapan palsu dan jangan tertipu lagi dengan harapan palsu. Betul kata Ibuku telunjuk lurus kelingking berkait. Akhirnya Bumiputera yang rugi

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sahabat-sahabat. Politik Sarawak agak menarik. Pandangan yang sahabat-sahabat berikan juga mencerminkan kepelbagaian pandangan yang sebenarnya dikongsi oleh rakyat negeri ini.

    ReplyDelete

Engagement di media sosial tidak bermakna sekiranya orang yang lantang bercakap soal akauntabiliti dan transparensi tidak memperkenalkan diri, dan baling batu sembunyi tangan. Saya ingin mengubah cara kita berkomunikasi di media sosial. Sila gunakan nama betul apabila membuat komen di blog ini. Paling kurang, gunakan bahasa yang beradab. Sekiranya tidak, maaf komen itu akan saya bakulsampahkan.