![]() |
| Awang Tengah |
Berikut saya siarkan penjelasan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengenai isu ini:
Mengenai tanah adat pribumi, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010.
Tanah itu melibatkan 10,880 penuntut tanah adat dari 16 kampung dan 68 rumah panjang daripada pelbagai kumpulan etnik di seluruh negeri.
Bagi 2011, Awang Tengah berkata 107 kawasan tanah adat berjumlah 377,370 hektar telah diluluskan untuk diukur dan diwartakan sebagai tanah komunal Bumiputera. Kira-kira 57,061 penuntut daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mendapat faedah daripada program itu.
Kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta bagi kaji ukur tanah adat bagi 2011-2012 untuk menandakan sempadan tanah adat dan tanah kerajaan negeri. [Sumber: BERNAMA]

Apa kata kalau tuan dapatkan pula komen dari tuan tanah yang menuntut hak. Apa pula kata mereka?
ReplyDeleteTuan LeeMalay,
ReplyDeleteSaya dapati banyak tulisan mengenai isu ini dalam pelbagai website / blog. Elok juga disiarkan pandangan balas dari pihak kerajaan agar ia seimbang.