1. Faktor penambahan pengundi baru
Daripada 71 buah DUN, sebanyak 22 kerusi mengalami jumlah penambahan pengundi yang melebihi 1,000 undi, sejak pilihanraya tahun 2006. Penganalisis meramalkan ini ialah kawasan tumpuan.
2. Faktor pemimpin PKR
Kawasan Ba'kalalan dimasukkan sebagai kawasan panas kerana Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dijangka bertanding di kerusi ini. Sekiranya Baru Bian yang kalah tiga kali berturut-turut tewas sekali lagi, maka PKR boleh melupakan hasrat untuk bertapak di Sarawak.
3. Faktor PAS
Walaupun PAS diramalkan akan hanya bertanding lima kerusi, penganalisis politik meletakkan Beting Maro sebagai satu kawasan untuk diperhatikan. Sekiranya PAS yang tidak ada satu kerusi pun di Sarawak boleh menang satu kerusi, ia adalah petanda bahawa parti itu sudah mula menembusi negeri tersebut.
4. Faktor Ketua Menteri
Kawasan Baligian juga diletakkan oleh sesetengah penganalisis sebagai kawasan panas kerana Ketua Menteri Sarawak bertanding di sini. Penganalisis meramalkan serangan terhadap beliau akan bermula di kawasannya sendiri.
5. Faktor Sibu
Bawang Asan, Nangka dan Palawan dimasukkan sebagai kawasan panas kerana kawasan ini berada dalam Parlimen Sibu di mana DAP menang dengan majoriti tipis tidak lama dulu.
***
***
Selain dari faktor-faktor di atas, saya tidak melihat ada faktor-faktor lain yang boleh menjadikan sesuatu kawasan itu "panas."
Oh ya, kalau ada pun, ia mungkin merupakan faktor calon. Mungkin ada penyandang jawatan yang digugurkan atau seseorang bercita-cita besar ingin menjadi calon tetapi tidak terpilih akan "panas hati."
Selain itu, pilihanraya Sarawak akan menjadi sekadar suam-suam kuku!
Salam tuan,
ReplyDeleteSebuah tulisan yang baik dan rasional dalam gaya bahasa yang bersahaja....bermaklumat dan menghiburkan.
Kewujudan PAS di Sarawak adalah atas dasar kekuatan DAP.Mereka di beri peluang untuk masuk ke Sarawak dan ini strategy DAP untuk memperkuatkan sokongan politik.PKR sebagai kuda tunggangan DAP begitu juga PAS.Semuanya adalah milik DAP jikalau Sarawak di miliki PR dan inilah yang di takuti olih Sarawak kerana dasar pemerintahan DAP cukup berlainan dan sentiasa memporak porandakan masyarakat.
ReplyDelete