Bukan saya yang kata!
Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh blogger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan; tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya blogger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.
Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para blogger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku, dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu.
Bukan saya yang kata. Klik
di sini sekiranya ingin tahu siapakah yang kata - sebagai respon kepada
tulisan awal saya di sini!
Mereka kata ini satu pertandingan , mereka kata ini satu perlawanan. Pertandingan untuk menang , pertandingan mencari pengaruh. Sehubungan itu kedua-dua pihak menggunapakai seluruh kekuatan yang ada pada mereka, tenaga, wang, idea. Mereka melakar strategi. Mereka yang kurang wang, bercambah idea dan dan semangat mampu menumpaskan yang berwang. Wang bukan kekuatan mutlak. Jika mereka merasa sudah mula tewas , maka itu bukan salah orang lain tetapi diri sendiri yang sudah mula hilang pengaruh. Balik semula ke asas dan balik semula ke " Drawing Board".
ReplyDelete