Wednesday, November 11, 2009

REFERENDUM PERJUANGAN ISLAM PKR

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Pengundi di situ memberikan kemenangan yang besar kepada suami beliau, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin secara sukarela meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti. Bekas Setiausaha Politik Anwar, Dr Mansor Othman dipilih sebagai ADUN Penanti sekaligus mengambil jawatan Fairus dalam kerajaan negeri.

Di Bukit Selambau, wakil rakyat PKR V Arumugam meletakkan jawatan sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Kedah. Pilihanraya kecil diadakan. Akhirnya, S Manikumar mengekalkan kerusi itu di tangan PKR.

Di Selangor, penyokong-penyokong PKR mendesak ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar parti itu meletakkan jawatan.

Itulah demokrasi ala Malaysia. Di kalangan PKR, perletakkan jawatan Ahli Parlimen dan ADUN adalah perkara biasa. Pilihanraya kecil juga adalah perkara biasa.

Atas alasan itulah saya fikir Ahli Parlimen Subang R Sivarasa patut menyahut cabaran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru untuk meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan bertanding dengannya secara "satu lawan satu."

Puncanya, Zulkifli dikritik oleh Sivarasa (dan beberapa orang pemimpin PKR lainnya) sebagai tidak berpegang kepada idealisme perjuangan PKR. Kata Sivarasa, amaran Anwar di Pulau Pinang untuk pemimpin PKR ditujukan kepada Zulkifli. Sesetengah pemimpin PKR ternyata tidak senang dengan pendirian Zulkifli dalam isu-isu membabitkan Islam.

Kata Zulkifli, "Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Islam dan orang Islam atau sebaliknya."

Lapor Malaysiakini, Zulkifli berkata beliau sanggup keluar parti jika kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan Naib Presiden. Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.

Sekiranya Sivarasa menyahut cabaran Zulkifli, ia akan memberikan peluang kepada perwakilan PKR untuk membuat penentuan mengenai sikap parti itu terhadap isu-isu Islam yang dibawa oleh Zulkifli. Ia sekaligus boleh menjawab tuduhan bahawa PKR tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan -- sama seperti tuduhan Dato' Nik Aziz Nik Mat kepada UMNO.

Inilah peluang kepada PKR yang selalu bercakap mengenai mengembalikan hak membuat keputusan kepada rakyat untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya melalui referendum mengenai sikap parti itu terhadap perjuangan Islam.

Bagaimana Sivarasa?

14 comments:

DR. SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

Sudah terang lagi bersuluh. PKR bukan ditubuhkan untuk memperjuangkan agenda melayu maupun Islam. PKR adalah perkahwinan campur antara Parti keadilan Nasional ( Keadilan ) dengan Parti Rakyar malaysia (PRM) , yang kemudiannya bergabung menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR). matlamat utamanya ialah untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri.

YB Zulkifli Nordin tak kan tak tahu tentang perkara ini. Sebagai seorang peguam yang profesional, beliau tentu arif dengan Perlembagaan PKR. Dah s ah dalam perlembagaan PKR tidak dinyatakan satu fasalpun mengenai perjaungan untuk agama Islam dan umat melayu. Dah tahu kenapa masuk juga PKR..?

Jadi, saya nasihatkan kepada Zulkifli Nordin supaya tak perlu cabar YB Sivarasa untuk berlawan satu lawan satu dengannya bagi jawatan naib presiden PKR. kalau YB Zul menangpun melawan Sivarasa, ianya tidak bermakna bahawa ahli-ahli PKR mahu memperjuangkan Islam. Islam tak dapat diperjuangkan dalam PKR hanya atas memenangi jawatan naib Presiden. Justeru, saya cadangkan kepada YB Zul agar keluar dari PKR dan sertai PAS atau UMNO.

abe MIE 'TERJAH' said...

Nampak sangat sivarasa anti Islam sedangkan ini adalah Malaysia bukannya Indian.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

kepada empunya blog....amat berbesar hati kami jika tuan/puan sudi meletakkan link kami http://www.malaysia-instinct.com/ di blog milik anda. kami adalah sebuah portal

berita yang baru setahun beroperasi dan amat berharap sokongan rakan untuk membantu kami berkembang....terima kasih

mr edz said...

entahla.. politik kat malaysia ni makin pening.. yang utama kembali ke alquran dan sunah

Anonymous said...

Elok rasanya tuan nasihatkan dulu agar DUN dibubarkan segera.Isu itu lebih besar rasanya.

checkmate said...

salam tuan,

mengapa perlu dilayan "hero" kampung??
bukankah lebih baik sivarasa meneruskan
agenda beliau dalam merungkai "samseng"
yg telah merosak badan kehakiman...

hero kampung tidak akan kemana walaupun memenangi jwtn naib presiden...hero kampung ini samalah seperti hero2 di behrang,changkat jering,p.klang serta lunas...

hero yang diangkat secara tidak sengaja oleh rakyat disebabkan kebencian kepada si pemerintah..

biar kita hilang hero kampung ini sekarang... sbg pengajaran..dan sementara waktu shj...

hero kampung tidak akan kemana jika rakyat tidak merestui beliau...pada ketika itu hero hanya akan terselit sbg salah satu zarah kecil dalam sejarah politik negara...

si pemerintah takut untuk calonkan hero2 ini..
si pembangkang xmau pisang berbuah 2 kali..

jika islam yg diperjuangkan...
hero bolehlah isi borang untuk ke "bulan"..

jika melayu yg diperjuangkan..
hero bolehlah selitkan keris dipinggang...

Lan Pon said...

jika islam mahu ditelanjangkan...
hero bolehlah isi borang untuk ke "bulan"..

jika melayu Islam yg diperjuangkan..
hero bolehlah selitkan keris dipinggang...

lebih baik menjadi orang kampung

sebab kalau nak naik ke bulan..nak turun dah tak boleh..takut nanti anak bini menggelentar,menangis tak berair mata

tetapi kalau dapat keris,paling tidak boleh menjadi senjata ampuh menjaga diri

anafakir said...

Untuk ke bulan, kena naik roket dahulu.Di bulan macam-macam anda akan temui.Diambil sebagai bukti anda tidak menipu bila balik ke bumi...di situ anda memang menegakkan kaedilan untuk semua.Bukan omongan kosong.Hanya mereka yang bijaksana dan cerdik pandai sahaja yang di terima untuk ke bulan.Lekeh-lekeh punya orang tidak layak...sebab dugaan di bulan ni memang banyak, mencabar keimanan,tidak mampu menahan ujian kalau lemah iman.Hanya mereka yang kuat sahaja layak ke bulan.Sebab itu...ramai dalam barisan menunggu habuan kerana dasar timbangan tidak berdasarkan keadilan, yang penting mereka dapat.oleh itu, pakat2lah keluar dari barisan yang panjang tu, rugi masa menunggu terlalu lama.Sama-sama bulatkan tekad, menjana idea untuk membina roket sebagai pengangkutan untuk meneroka ke bulan.Di bulan, indah dan harmoni... seronok di bulan sebenar.Tanya yang orang yang sudah ke bulan, mereka seronok tetapi jangan tanya mereka yang tidak tahan cabar dan lemah iman, mereka itu nak menjaga air muka mereka sahaja maka macam-macam dikata pasal bulan...sedangkan diri sendiri tamakkan harta, sedangkan di bulan bukan itu tyang menjadi matlamat utama.Matlamat utama mencari dan membina keadilan buat semua....maka bulan, roket dan keadilan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan.Sedencing seperti besai, seikat seperti sperti sirih, serumpun seperti serai.Kuat pada seia, gaha pada sekata. Tak gitu ke?..fikir-fikirkanlah.
Sekian, mohon mencadang...

Anonymous said...

Salam Tuan-tuan !
Itulah parti campur adok ! Dalam PKR itu ada Cina,India,Melayu,Sikh,Banjar,Hindraf dan berbagai-bagai etnik kaum, agama, adat, budaya, keturunan dan sebagainya. Pekara seumpama ini telah dibahas terdahulu sebelum kita Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga Dato' Onn Jaafar keluar parti Pekembar kerana ilhamnya tidak dapat diterima oleh orang-orang melayu pada waktu itu. Modul Parti Kapal Layar mudah. Orang cina ada MCA, India ada MIC, Melayu ada UMNO. Ini asasnya. Kalau tak mau masuk parti-parti ini masuklah parti yang bebas seperti Gerakan,. Dengan cara ini masing-masing ada keperluan dan sensitiviti agama, budaya dan sebagainya.Keadaan menjadi aman, tetapi perlembagaan utama dan tunjang perpaduan tidak sedikit pun dibelakangkan oleh parti-parti ini dan semua faham akan kontrak sosial yang dimetrai bersama. Moral of the story 'PKR tetap tidak akan aman sampai bila-bila' Ia merupakan 'time boom' yang tunggu untuk meletus bila-bila masa. Nampak saja macam tenang tetapi dalam ia tetap senantiasa bergolak !!

Hati Karma

DIARI PKGMEN said...

Eloklah Dr Shamsuddin Al.... nasihatkan PM dan MB Perak bubar DUN Perak.Itu lebih banyak faedahnya.

Fazli Salleh said...

Salam..

Saya rasa, YB Zul tersalah pilih parti. Bukan saya mengatakan bahawa PKR tidak memperjuangkan Islam, tetapi dasar Islam mereka berbeza berbanding dasar Islam UMNO dan PAS.

UMNO memperjuangkan Islam luaran, seperti masjid2 indah yang berkilauan. Di Johor, sekolah2 agama (lebih dikenali sebagai sekolah petang) mengajar Hukum Hudud. Tetapi bila ditanya kepada Ustaz/Ustazah, mereka kata tidak sesuai di negara kita. Jadi, apa guna belajar.

PAS memperjuangkan kerohanian Islam. Membangun bersama Islam. Menyiarkan syariat Islam di samping menyuburkan pemikiran dengan ideologi Islam. Islam yang diperjuangkan PAS bersifat individu iaitu memisahkan yang Islam dengan bukan Islam.

Manakala PKR, perjuangan Islam nya adalah berkaitan HAK. Mereka memperjuangkan hak Islam bukan dari segi material atau spiritual semata. Disebabkan perjuangan mereka bersifat liberal, maka tidak wajar mengatakan mereka tidak memperjuangkan Islam. Jelas dalam perlembagaan mereka mendukung perlembagaan negara yang sekali gus mendukung Islam.

Kepada YB Zul, adalah lebih baik anda mengundur diri dari PKR dan bertanding semula sebagai calon PAS. Ajak sekali Ust. Badrul Amin.

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Tuan Norizan dan rakan-rakan yang lain.

Sebenarnya ideologi dan perjuangan PKR sama seperti tindakan arwah Dato' Onn Jaafar mahu membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.

Kepada Dr Shamsuddin Moner El-Askarey,apakah Dr fikir jika YB Zulkifli masuk UMNO?apakah ideologi UMNO adalah Islam seperti PAS?YB Zulkifli banyak berbicara tentang ISlam.Nampak seperti tidak munasbah pula jika masuk UMNO.

Ideologi PKR tidak perlu jadi ISlamik.Cukuplah PAS sahaja yang menjadi parti Islam.Jika PKR menjadi parti Islam dibimbangi "terlalu banyak mazhab".Cukuplah sekadar PAS yang akan "mengislamkan" PKR dan DAP.Sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang bukan Muslim dapat memahami ISlam dengan lebih baik.

Anonymous said...

Saya lihat pemimpin-pemimpin Melayu selalu di outclassed dan di outmanoevred oleh pemimpin Cina dan India. Baik pemimpin BN atau PR. Pada pandangan saya mereka ini biasanya naive dan juga suka bekerja/bercakap tanpa memikirkan strategi yang mantap atau how to exit kalau rancangan gagal. Mungkin kerana mereka ini kurang membaca dan rasa rendah diri apabila bertemu dengan puak kafir dalam isu-isu ugama Islam dan Melayu. Terlalu suka bercakap tentang ideologi tetapi tidak competent when it comes to getting the work down.

Anonymous said...

Nak cakap tentang Melayu dan Islam = UMNO
Nak cakap tentang Islam dan Melayu = PAS
Tak cakap tentang Melayu & Islam = PKR
Dah tahu sangat dah!

Taqbirrrrrrrr!

note: pehal kalut nak bubar dun perak? dulu Dato nasa keluar umno masuk pkr tak bising pun suruh bubar dun? kelakar la orang DAP ngan PKR ngan PAS. kih kih kih

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; tanpa perlu menyerang peribadi penulis atau orang lain. Walaupun anda mencanggahi pendapat saya, Insya-Allah komen anda akan disiarkan. Prinsip saya ialah ingin melihat sesuatu isu dari pelbagai perspektif yang berbeza.