Pertama - Usah terlalu yakin dengan sokongan orang bawah. Dato' Seri Ong Tee Keat dan Dato' Seri Chua Soi Lek percaya ahli-ahli MCA akan memihak kepada mereka. Sebab itulah mereka memanggil mesyuarat khas. Akhirnya, lebih separuh perwakilan memberikan undi tak percaya kepada Ong, manakala Chua hanya disahkan sebagai ahli biasa bukannya Timbalan Presiden parti.Kedua - Musuh politik akan bersatu apabila kedudukan mereka terancam. Bukan rahsia, Ong dan Chua adalah seteru politik. Macam anjing dan kucing. Masing-masing cuba menyingkirkan antara satu sama lain. Bagaimanapun apabila mereka merasakan Dato ' Seri Liow Tiong Lai mengancam kedudukan mereka, Ong dan Chua bersatu.
Ketiga - Usah tunjukkan tembelang politik secara berlebihan. Apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden, Liow menunjukkan tembelang dengan mendesak satu lagi mesyuarat khas. Tujuannya ialah untuk menyisihkan Ong. Akhirnya Ong dan Chua berpakat, menjadikan Liow tersepit. Liow harus mencari jalan keluar yang boleh memuaskan hati penyokong-penyokongnya.
Itulah drama MCA. Dalam drama pun banyak pengajaran!


7 comments:
"tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"...Liow menjadikan pepatah ini semasa merancang untuk merampas kuasa dari Ong...namun sekarang Beliau terpaksa bergantung kepada pepatah ini pula "untung sabut timbul, untuk batu tenggelam"...Di harap kepada ketiga-tiga pemimpin besar ini samada Ong , Chua atau Liow...jadikanlah pepatah ini sebagai pedoman iaitu "bersatu teguh, bercerai roboh"....apa yang penting, kerjaaaaaaaaa sama...
1. Saya setuju dengan kedua-dua ulasan Nobisha di atas.
2. Kes ini juga merupakan contoh, apabila kita berkuasa, kita berusaha mengekalkan kuasa yang ada di tangan kita dengan pelbagai dalih. Kerap kita dengar "Banyak yang perlu saya selesaikan sebelum saya berundur," dan lain-lain.
3. Pemimpin selalu berkata, dia berjuang untuk kepentingan 'parti', 'persatuan' dan lain-lain, tetapi orang melihat dia hanya berusaha mengekalkan kedudukannya sahaja.
4. Ada orang yang pandai mencari cara untuk 'naik' tetapi lupa cara untuk 'turun'.
Kegilaan manusia terhadap kuasa memang jelas merentas bangsa. Orang yang menganut agama Islam yang suci itu pun menggilai kuasa. Kerana kuasa lupa akan dosa. Kerana dosa lupa akan seksa. Kasihan Liow, kerana goda dan duga, dia mungkin tidak jadi apa-apa. Betul kata Sdr, "Usah tunjukkan tembelang politik secara berlebihan".
Antara pengajaran yang perlu direnungkan;
1. Buat DS-OTK, beliau melihat DSCSL sebagai liabiliti kepada MCA maka beliau cuba untuk membuang DSCSL dari MCA dengan harapan MCA akan dipandang tinggi oleh rakyat dan komponen BN, rupa-rupanya niat baik beliau [ dibaca niat buruk ] menjadi sebaliknya.Bacaan beliau terhadap persepsi penyokong MCA terhadap DSCSL bertentangan.Bila EGM dibuat, DSOTK pula menjadi seperti 'telur di hujung tanduk'.Saranan buat DSOTK, lain kali dapatkan pandangan bawahan terlebih dahulu sebelum berindak untuk membuang sesiapa yang bergelar pemimpin atasan kerana mereka menang bukan dilantik oleh Presiden tetapi dengan undi dari perwakilan.Isu moral DSCSL itu biar perwakilan yang putuskan.Kalau perwakilan menerima dan memaafkan DSCSL, mengapa DSOTK lebih sudu dari kuah?Akhirnya keadaan MCA berada dalam situasi seperti sekarang..semakin serabut.Lain kali jangan gelojoh Datuk!,dengar dahulu pandangan perwakilan.
2. Buat DSLTL, jangan jadi seperti perumpamaan "dapat betis nakkan paha" sabar la sikit.Dah dapat jawatan Timbalan Presiden dengan percuma, tidak ada pertandingan, rezeki jatuh ke riba, kenapa tetiba nak yang bukan-bukan?.Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendung jatuh berciciran, silap-silap EGM kedua nanti, jawatannya sebagai Naib Presiden mendapat undi tidak percaya atau penyingkiran dari jawatan oleh perwakilan.Untuk DSLTL...bersabar dan syukurlah dengan apa yang dah ada, akan datang kalau moleh dan elok perilaku, mungkin jawatan Presiden tu akan menjadi milik Datok!!!!...jangan terburu-buru mengejar pangkat dan kedudukan bukan pada masanya.Akhirnya apa yang terjadi,terpercik ke muka sendiri...kemudian mula kepanasan.Datuk merancang, perwakilan juga merancang.Kita lihat siapa yang kena?.
3. Buat DSCSL...lain kali jangan mudah terpedaya dengan hidangan #$%&, hati-hatilah, bila memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, pasti setiap inci pergerakan akan diekori, terutamaoleh pihak musuh.Ini tidak, pantang mengangkang sikit mula lah nak memanjat...dah tua, buat cara orang tua.Akhirnya keutuhan parti menjadi bercelaru..asalnya disebabkan seorang 'perempuan' padahnya satu MCA bergelora.Itulah bahana' perempuan'..sedapnya sekejap tetapi akibat dari itu...hampir-hampir musnah parti yang bernama MCA.EGM pertama gagal memberi kepuasan kepada semua. EGM kedua juga belum tentu...nanti akhirnya'yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu"...
Sekian Tuan Nobisha; mohon mencadangkan.
BN and PR leadership should be on stage together and sing...kita serupaaaaaaa...
Life's Abeach
Bumi mana tak ditimpa hujan ! Dan selalu pelandok lupakan jerat tetapi jerat tidak lupakan pelandok.
Drama MCA amat seronok untuk diperhalusi tetapi orang yang bukan dari politik tidak nampak permainan ini. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Liow Tiong Lai ada niat baik mahu memperkukuhkan MCA agar diterima oleh rakyat kerana Ong dan Chua asyik gaduh tak sudah-sudah. Rakyat bosan dan masa hanya tinggal sedikit untuk memperkukuhkan parti. Selepas itu membuat gerak kerja yang boleh menambat hati pengundi. Tetapi Ong dan Chua telah tersedar dari pergaduhan besar ini menyebabkan kedudukan partinya lemah. Apabila masing-masing telah sedar barulah mereka tahu mereka adalah orang yang berperanan tinggi dan dibahu merekalah sepatutnya MCA dikemudi.Liow masih muda dan tidak banyak pengalaman dan akar umbi(jentera).Agak sukar memimpin parti cina yang terbesar di Malaysia. Walaupun hatinya murni dan suci tetapi pemimpin sinior masih belum boleh melepas batten kepada Liow. Bersabarlah Liow dan tahniah kerana tidak membawa kes ini ke Mahkamah. Ke Mahkamah sebenarnya akan memburukkan keadaan dan memburukkan Liow sendiri kerana dia dilihat dan kelihatan kurang ajar dan gelojoh. Tragedi ini sewajarnya menjadi contoh untuk PAS dan PKR. UMNO sememangnya telah menjadi juara diplomasi sejak sekian dulu lagi. Lihatlah bagaimana UMNO mendapatkan kemerdekaan dari British, tidak menitiskan sedikit darah pun walaupun umum telah tahu Tanah Melayu negara yang kaya raya disisi orang putih. Orang Pas sewajarnya menjuarai hukum agama dengan nilai-nilai murni, kerjasama baik, tiada syak wasangka, menang diri sendiri, adap sopan yang tinggi seperti yang dipertontonkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad Saw.Bukan sebaliknya, bila dikatakan fitnah - Pas adalah juara, bila bertegang leher - Pas adalah juara, bila syak wasangka - Pas adalah juara, dan seterusnya. Ubahlah dasar PAS agar semua orang melihat PAS benar-benar baik dan kelihatannya baik. Amin !!!!!
Hati Karma
salam tuan...
politik bukankah selalu begitu...??
ini pengajaran untuk anak muda yg ingin berkecimpung dalam dunia politik...
mahathir pernah tendang anwar...
ini perkara biasa dalam politik...
anwar pernah tendang ezam...
politik...hari ini musuh..
esok boleh jadi kawan..
Post a Comment
Saya mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; tanpa perlu menyerang peribadi penulis atau orang lain. Walaupun anda mencanggahi pendapat saya, Insya-Allah komen anda akan disiarkan. Prinsip saya ialah ingin melihat sesuatu isu dari pelbagai perspektif yang berbeza.