Monday, November 16, 2009

MUKRIZ MAHATHIR CALON BN KOTA SIPUTEH

Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Kalau ikutkan keputusan itu, SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil N3 Kota Siputeh.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi juga membenarkan penyandang sekarang Dato' Abu Hassan Sharif (BN) membuat permohonan formal bagi menangguhkan hukuman pada Jumaat ini. Selain itu, Abu Hassan juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu membuat rayuan.

Pada pandangan saya, Abu Hassan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mempertahankan kerusi tersebut. Itu adalah sesuatu yang dibenarkan dan biarlah proses itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Bagaimanapun, sekiranya pada akhir proses tersebut Mahkamah masih memihak kepada Speaker DUN Kedah, maka SPR tidak ada pilihan melainkan melaksanakan pilihanraya itu.

Beberapa orang sahabat menghantar SMS bertanyakan mengenai calon yang sesuai. Ada juga Ketua Cawangan UMNO di DUN Kota Siputeh yang menelefon saya meminta pendapat.

Saya katakan -- dari segi strateginya -- calon yang paling sesuai ialah Dato' Mukhriz Mahathir.

Ya, dia ialah Ahli Parlimen Jerlun (DUN Kota Siputeh terletak dalam Parlimen Jerlun; satu lagi ialah DUN Ayer Hitam yang kini dipegang oleh PAS) . Di Bukit Gantang dulu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah merupakan ADUN yang kemudian bertanding kerusi Parlimen.

Lagi pun, ramai Ahli Parlimen yang juga menjadi ADUN. Tidak ada masalah. Oleh itu, saya tidak melihat apakah masalahnya untuk Mukhriz juga berbuat begitu.

Ada lima alasan utama mengapakah saya mencadangkan Mukhriz:

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Itulah lima alasan mengapakah saya fikir Mukhriz merupakan calon yang paling layak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh.

Adakah beliau pasti akan menang?

Dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat. PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Sekadar makluman, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.

Bagaimanapun, saya percaya Mukhriz sebagai calon Barisan Nasional akan lebih memudahkan parti itu menghadapi PAS dalam pilihanraya DUN Kota Siputeh!

*** Analisis mengenai kekuatan PAS di DUN Kota Siputeh akan dibuat selepas ini.

43 comments:

Anonymous said...

Saudara...bagi peluang le pada orang lain pulak...ini yang UMNO jdi haru beru ni..

Fazli Salleh said...

saya rasa, kerusi ini akan terus kekal bersama BN dengan majoriti lebih besar.

Anonymous said...

As'kum Tuan!
Saya setuju pendapat tuan tentang Datuk Mukhriz Mahathir tu. Setidak tidaknya ia akan menjadi Bagan Pinang. Pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai rekod yang baik menjadi asset UMNO. Jangan seperti di Selangor ! Mengambil Penasihat Ekonomi pun orang yang telah dihukum "RASUAH", tetapi bercakap berdegar-degar nak benteras rasuah. DSAI dilantik jadi Penasihat Ekonomi Selangor hanya mendapat elaun RM1 Ringgit sebulan. Itu cuma tipu muslihat dan agenda politiknya. Yang pasti apabila orang itu mendapat elaun hanya RM1 ringgit, jelas dan nyata output atau hasilnya akan menjadi Rm1 ringgit juga. Negeri Selangor bakal muflis dan bankrup. Jelas terbukti Ts Khalid yang dikatakan menerajui Syarikat Koperat tu memang benar-benar dah jadi keparat dan tiada wibawa. Dalam sejarah Selangor mana ada MB melantik Penasihat Ekonominya. Ini jelas Ts Khalid memang sudah tiada wibawa lagi. PM DS Najib pun tiada penasihat ekonomi walaupun mentadbir negara yang cukup besar. Wahai orang-orang Melayu ! Sedarlah tipu muslihat orang melayu yang munafik dikalangan kita. Anak cucu akan tergadai ditangan bangsa asing. Lihatlah sejarah kembali wahai saudara saudara ku seagama dan sebangsa. Kembalilah kita bersatu menentang kemungkaran dari manusia Melayu yang munafik !

Tabib Bangsa

Pejuang Bangsa said...

Saya juga melihat Muhkriz boleh dicalonkan sebagai Adun Kota Seputih .. Kita harus lihat mcmana Bagan Pinang boleh kita menang dgn meletakkan calon yang popular dan dikenali oleh pengundi di situ .

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Jika benar insyaallah !!

Anonymous said...

Benar saudara ku, Mukhriz tak ada rekod rasuah tapi mempunyai harta dan mahligai yang tak terbayang bagaimana dia bolih memiliki nya.
Not so much of the reasons given to justify Mukhriz candidacy but make it simple, he has the resources brother just like that and Mukhriz will be a real target and his father will be dragged in and possibility of facing humiliation- so just watch!!!
Alahai Mukhriz .......!!! apakah sudi menerima???

is said...

Saya amat bersetuju dan menyokong penuh saranan saudara jika Datuk Mukhriz menjadi calon BN.

Noor Faiza said...

Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah? Bagus ni!

Kasibis said...

Salam sejahtera,
Sangat setuju Datuk Mukhriz di calonkan lagipun beliau mempunyai pemikiran ke hadapan.

KZSO said...

ambil calun yg mencadangkan pemeriksaan wajib kereta lebih 15 tahun? berapa ramai pengundi yang mempunyai kereta lebih 15 tahun di sana? yalaaa walaupun keputusan itu telah ditarik balik oleh tpm tapi sebelum itu mukhrizlah yang beria-ria mempertahankan polisi ini... fikir-fikirkanlaaaa

ikan emas said...

Perlu diingat kOTA SeputeH bukan Bagan Pinang, NS tak sama dgn Kedah.Walau kes tak sama tapi tak perlu ghairah sgt nak cari calun dah. Rayu tentu pasti, kosong-tidak belum pasti..senario skrg memungkinkan segalanya.

Kes Datuk Abu Hasan ni perlu jd pengajaran kpd semua wakil rakyat yg dipilih, Jgn nanti BN pun kena buat bai'ah cerai talak sepuluh pulak!!

azam said...

bukan ke anwar di hukun penjara 6 tahun disebabkan penyalahgunaan kuasa? rasanya bukan sebab rasuah...seks & liwat digugurkan kes....

Anonymous said...

Maaf Cakap...

Setakat pengetahuan saya, tiada calon yang terlebih popular di DUN Kota SiPutih melainkan Mukhriz Mahathir.

Saya terlalu percaya, jika calon popular dicalonkan, walaupun isu semasa dimainkan, pasti calon popular... akan menang.

Lihatlah calon PKR seperti Anwar Brahim, calon PAS - Nizar 999 tahun, calon UMNO -Isa, calon DAP - Karpal Selam dan beberapa calon popular yang lain... Adakah mereka terlalu bersih, tetapi kemenangan mereka kerana "CALON POPULAR".

Calon Popular akan meraih kemenangan berganda, maka berilah peluang kepada calon UMNO iaitu saudara Mukhriz Mahathir.

Kepada bekas penyandang, Pak Abu Hassan Syarif....
Cukup dah...
cukup dah.....
3 penggal....
Dah lama dah ......
Orang kampung dah mula, muak ...

Terima kasih atas JASA, PAK ABU HASSAN SYARIF, walaupun perubahan kawasan SiPutih agak perlahan, tapi jasamu tetap menjadi kenangan.

Harapan saya....
Jika CALON POPULAR di Kota SiPutih,
Maka UMNO akan menuai hasil majoriti yang berganda.

Percayalah...
Saya bukan angkuh atau menyombong diri, tetapi saya sebahagian warga Parlimen Jerlun, Kedah.

Walaupun selama ini, saya tidak keluar mengundi, tetapi jika Calon Popular dicalonkan, maka undi saya, undi keluarga saya, undi saudara-mara saya, undi orang kampung saya, undi sahabat saya .....

"KAMI AKAN MENYOKONG CALON POPULAR"

Adam Amin
Kg Jerlun,
Kedah

Anonymous said...

Salam Nobisha...

Saya yakin, Calon PAS iaitu ustaz Ismail (calon 2008) akan bertanding, beliau sudah aktif berkempen beberapa bulan yang lalu di Kota SiPuteh.

Maka lawan beliau, mestilah calon yang lebih dikenali ramai, jika tidak "arwahlah jawapannya"

Jadi, saya setuju dengan saudara....
Calon UMNO yang sesuai iaitu Dato' Mukhriz Mahathir.

Sekadar Pandangan,

Anak Desa
Pida 8 Baru,
Jalan Sanglang,
Kedah.

yat said...

Tuan Nobisha,

PAS akan serang mukhriz dengan isu ni:

1. Rumah besaq, ada gambaq party dato' mukhriz dekat rumah dia, tobat depa akan ambik buat bahan masa berkempen....tuduh dr mahathir kutip kekayaan bagi anak2 dia

2. isu anak mahathir sorang lagi yg jadi pengarah syarikat arak dekat filipina....mesti kena serang gak la....

Dua isu ni cukup kuat utk menidkkan mukhriz menang dekat kota seputeh...

Anonymous said...

salam tuan nobisha
awal buat analisis...tapi bagus jugak...sekurang2nya geng2 hakim mahkamah rayuan yg baca nie tahu, kisah dun tak perlu sampai ke mahkamah....nanti jadik mcm perak..itu kuasa speaker aja...
kalau jadik mcm perak susah sbb org akan cakap hakim kat malaysia nie "tak berapa nak cerdik"
mintak maaflah noe...kalau saya jadik hakim...saya dah lama buang kes, utk kes yg libatkan dun..biaq speaker aja handle...
tak kisahlah speaker tu dari umno ke bn ker...
takut anak2 kita buat kajian esok2 depa salahkan hakim...masa tu hakim2 dah tua...
takut pulak...sekadar bagi pandangan....tak kisah nak siarkan atau tidak komen ini...saya dah lama tak masuk blog nie semenjak diperkenalkan mcm2 "akta" dlm blog nie...harap maaf dan harap maklum...kadang-kadang teguran yg pedas, yg keras itulah yg membina..terima kasih...rdgs mohd khairi

Anonymous said...

Salam..

Tidak dinafikan mukhriz ada kekuatan dan kelemahan. Dari beberapa komen yang saya baca saya dapat lihat kebanyakan yang setuju dengan cadangan Mukhriz sbg caloon BN. Tahukah anda Mukhriz juga terlibat dengan rasuah?? Dalam pemilihan ketua pemuda umno, beliau juga mengamalkan rasuah yang disebut oleh umno sbg politik wang padahal benda adalah sama. Beliau juga bekas Pengerusi utk OPCOM holdings, yang mana salah satu entiti dalam OPCOM adalah OPCOM cables. Dengan kuasa beliau, OPCOM cables telah mendapat tender yang besar daripada TM dengan mengenepikan syarikat2 bumiputera yang lain?? inikah yang disebut calon yang bersih?? yang boleh memimpin rakyat?? Saya sama sekali tidak bersetuju dan berharap kerusi Kota Seputeh akan jatuh ketangan PAS insya ALlah

AloQStaQ said...

Saya (secara peribadi) dan Kami (KMU Utara) memang setuju benar jika Mukhriz dipertaruhkan oleh BN sebagai calon PRK DUN N3 Kota Siputeh (jika berlaku PRK) dalam masa terdekat ini.

Segala penjelasan saudara Nobisha amat tepat dan kami di KMU Utara sudah lama mengharapkan beliau sebagai Calon DUN (haritu dok harap dapatlah diletak calon UMNO di Bukit Selambau, tapi tidak kesampaian) ...

Selamat Maju Jaya Nobisha.

Salam dari AloQStaQ.

Anonymous said...

Nobisha,
Tak salah saudara memberi saranan atau lobi dan membentuk persepsi, tapi akhirnya keputusan mutamad adalah ditentukan oleh PM setelah diilhamkan oleh Allah SAW. Biar lah PM dan Timbalan nya menentukan nya, .

tk

Anonymous said...

Tuan,
Barang diingat dulu masa kempen kat Bukit Selambau, TDM turun...tapi tak membantu..
Isu NAP, insuran 3rd party tiada/susah dapat memang dekat di hati org kg yang pakai keta buruk tuan. Ditambah dgan gaya hidup mewah...letak sebelah menyebelah dgan gambar pakcik menangis tak mampu bayar insuran keta..go figure.

Local Fighter said...

Tuan,
Saya sebagai salah seorang generasi muda tetap melihat Tun Dr. M sebagai ikon pemimpin terbilang.

Undi golongan muda yang memihak kepada pembangkang dalam PRU-12 hanyalah undi protes dan bersifat sementara.

Pola pengundi muda semenjak Dato Seri Najib mengambil alih kepimpinan mula menunjukkan perubahan.

Peranan yang mula diaktifkan kembali oleh Dr. M telah mewujudkan fenomena secara tidak langsung.

Aura Dr. M masih kuat di Kedah. Pemilihan anakandanya sebagai calon adalah tepat.

Bukan berlandaskan nepotisme tetapi atas merit dan 'track record' Dato Mukhriz.

Di Kedah, sentimen Dr. M sangat tinggi. Bukan sehaja pada golongan umur beliau tetapi generasi muda seperti saya!

anafakir said...

tuan..yang saya amat-amat heran ialah sejak bila pulak SPR boleh over-rule kuasa speaker?.Selama ini,mana-mana kekosongan kerusi yang speaker isytihtarkan, maka SPR akan sediakan pentas untuk bertanding. Namun sejak selepas Mac 2008, kuasa speaker begitu dipandang rendah sedangkan undung-undang tubuh negeri jelas menyatakan tugas dan kuasa seorang speaker...kenapa sekarang berubah rupa?Siapa yang mencabuli undang-undang sebenarnya?.Itu satu..

Kemudian, sola calon DUN Kota Seputeh..tuan mencadangkan Datuk Mukhriz sebagai calon atas sebab dan perincian yang tuan berikan di atas.Saya tidak kisah siapa pun yang menjadi calon, baik dari PAS atau UMNO..sebab saya ni masih pihak ketiga, memerhati dan menegur mana yang silap.Cuma saya risau jika Mukhriz tewas dalam pertandingan itu...imejnya akan tercalar,mana harapan yang diletakkan untuk dia menjadi MB Kedah dalam pembikinan? Jangan jadikan rekod Bagan Pinang sebagai sebab untuk meletakkan beliau di situ.Lain padang, lain belalang.Suasana, minda, cara kerja, membuat keputusan, ketegasan diri penyokong pasti tidak sama, jika sama Kedah mesti masih dalam tangan UMNO.Kekalahan PAS pula cuma beberapa ratus undi sahaja.PAS pula telah membuat banyak perubahan sikap sejak ditewaskan di Bagan Pinang.Jangan kita melihat, bila pemimpin PAS sekarang ini diserang dengan macam-macam tuduhan, isu dan persepsi maka UMNO beranggap peluang untuk mengekalkan DUN berkenaan amat-amat cerah malahan ada mengatakan dengan majoriti lebih besar...cuba fikirkan, bagaimana sebaliknya berlaku?Jika sedemikian, Parlimen Jerlun pun belum tentu selamat dalam PRU13 nanti.

Pada saya, calon DUN tersebut berilah kepada orang lain, jika menang, imej makin baik, jika kalah, tidaklah mencemar nama Mukhriz, dan mungkin tempiasnya akan tersimbah kepada bapanya juga jika Mukhriz tewas.Dalam soal ini bukan personaliti, bukan isu peribadi yang bersih mejadi taruhan.Banyak lagi skop yang perlu diambil kira. Kekadang pengundi sendiri merancang, parlimen kasi kepada UMNO, negeri kasi kat PAS.Dulu, sebelum Mac 2008, UMNO memerintah Kedah.Pada ketika itu mungkin Mukhriz menang kerana masih ada pengaruh UMNO tetapi selepas Kedah berpindah tangan pemerintahan, mungkin kekuatan PAS sudah bertambah.Dulu dia kalah di situ mungkin kali ini mereka menang dengan majoriti yang lebih besar..siapa tahu?Geram dengan sikap campurtangan dalam kuasa speaker, sikap SPR 'over-rule kuasa speaker' maka rakyat membuat protes..memberi undi kepada PAS, di samping PAS adalah pemerintahan Kedah buat masa ini, maka itu juga sedikit
kelebihan kepada PAS.Jangan bersikap yang dikejar tidak dapat yang dikendung pula berciciran..bersikaplah berlapang ada, merasa cukup dengan apa yang ada.Jangan tamak sangat.Orang tamak selalu rugi...

Sekadar pandangan biasa..mohon mencadangkan.

Bapak3 said...

Saya amat bersetuju dengan artikel Nobisha. Kemunculan Mukhriz sbg calon di Seputeh mampu memberikan impak kepada perjuangan UMNO di Kedah, dimana dia mampu menyatukan semua golongan dan kaum dengan kredibilitinya yg sedia ada.

Spt yg ditulis oleh salah seorang anonymous di atas, Mukhriz mempunyai mahligai so and so. Kenapa perli dipertikai? Bukankah dia seorang ahli perniagaan sebelum ini? Hairan juga sebab mahligai anwar ibrahim dan khalid ibrahim serta azmin ali tak pernah pulak dipersoal oleh mereka ini.

Insya'Allah Kedah mampu melangkah ke hadapan dan berani berubah bersama Datuk Mukhriz.

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous,

Kalau begitu ulasan saudara, bagaimana pula dengan ramai ahli politik PAS yang ada rumah jutaan ringgit.

Hanya kerana kaya tak semestinya rasuah. Saya lihat Mukhriz begitu disenangi. Beliau bijak, boleh berhujah dengan baik dan tiada masalah peribadi.

Dan jangan lupa pengaruh Tun Dr mahathir juga. Tiada siapa dapat nafikan yang ramai orang PAS sokong beliau kerana hormatkan Tun Dr mahathir.

Anonymous said...

Saya sokong Mukhriz menjadi calon BN dan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah apabila
BN menang dalam PRK13 diadakan. Insyallah.

Anonymous said...

Tahniah Tuan !
Analysis Tuan tu berpandukan apa yek ! Apa sudah tiada orang UMNO yang lainkah di DUN Kota Siputeh sehingga DMM menjadi pilihan atau taruhan.Atau memang DMM orang yang paling layak diantara pemimpin UMNO yang lain. Saya setuju seandainya itulah kehendak rakyat sebagaimana dibagan pinang.Orang yang malas kerja macam DAHS patut diganti dengan orang yang kuat kerja.

Analogi Melayu

NOBISHA said...

Tuan Anak Jerlun,

Saya membaca komen tuan. Namun, tak perlulah saya siarkan di sini. Saya fikir biarlah komen itu saya simpan dan ambil maklum :)

Cikgu Mat said...

Saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam perkara ini walaupun saya amat menyokong Datuk Mukhriz. Pertama tentang kedudukan beliau sebagai ahli parlimen mungkin tidak ada masalah jika dicalunkan sebagai calun dun dan menang dalam pilihanraya kecil.

Persoalannya adakah boleh beliau bertanding dalam keadaan belia memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri MITI. Tidakkah beliau kena lepaskan dulu jawatan Timbalan Menteri? Bolehkah seorang penjawat kerajaan bertanding dalam praya tanpa melepaskan jawatannya dulu? Senario ini tak sama dengan Dato Nizar di Perak.

Yang kedua kalaupun dia memang calun yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Besar Kedah, adakah kemenangannya nanti akan menjadikan dia terus mendapat jawatan tersebut? Pastinya tidak.

Apa-apa pun kita kena tunggu beberapa ketika lagi sebelum sesuatu keputusan terbaik dapat diterjemahkan. Sebaiknya untuk tempoh Datuk Mukhriz wajar dinaikkan ke jawatan menteri penuh. KPInya pasti baik jika dilihat cara dia bekerja sekarang. TQ.

tabuan said...

akm..Tuan, analisis awai..nak promosi pasemboq ka?

Pada saya cadangan tuan supaya DMM menjadi calon UMNO adalah baik.Mungkin DMM boleh membantu untuk membawa lebih banyak pelaburan ke kawasan ini, atas kapasiti beliau sebagai timbalan menteri MITI. Mungkin beliau boleh promosi pasemboq ke peringkat antarabangsa. Mungkin org kampung Tuan yg berniaga pasemboq boleh pi bukak kedai dekat dubai atau pon jepun.

Sebenarnya kita sebagai rakyat memang mencari wakil rakyat yang boleh membawa perubah kepada rakyat dan kepada tempat yg beliau wakili. Terutama perubahan daripada segi ekonomi. Siapa yang kita nampak boleh membawa perubahan kita haruslah memberi sokongan, tak kira calon PAS atau pon UMNO.

Dalam konteks kota seputeh, DMM nampaknya memang berkebolehan. Lagi pun jasa ayahanda nya kepada Negeri Kedah sangat lah besar.

dari aspek ekonomi untuk kesejateraan rakyat saya sokong DMM jadi calon, tetapi dari aspek merampas negeri Kedah daripada DS Azizan saya tak setuju.Biarlah PAS yang di terajui oleh DS Azizan terus memerintah kerana banyak yg UMNO tak boleh buat tetapi PAS boleh buat.

MeriamBuluh said...

Politik 1 Malaysia...
Ramai sungguh penyokong anak Cik Det dalam kolum nie..
Inilah tahap rendah politik orang Melayu maaf cakap...Kegagalan pemimpin diukur pada amanah yang diletakkan kepadanya.Buat masa sekarang langsung aku tidak nampak kelemahan Kerajaan PR Kedah..
Hasil negeri meningkat daripada pegurusan2 sebelum ini iaitu di bawah UMNO.
Jadi apakah kehendak rakyat sebenarnya?????
Pemilihan kerajaan memerintah bukan seperti menyokong pasukan bolasepak....pasukan yang menang membahagikan hadiah wang ringgit manakala kita sebagai penyokong pulang dengan kenangan manis.
Pemilihan kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan PR Kedah sekarang terbukti berjaya...
Selagi minda masyarakat Melayu tidak berubah selagi itulah negara kita akan ketinggalan.
Negara kita semakin hari semakin ditinggalkan oleh Negara2 Teluk.Satu ketika dulu kita dijadikan ikon negara tersebut kerana pesatnya membangun tetapi kini anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka telah kehadapan.
Mungkin ada yang mengatakan mereka kaya dengan minyak.Tetapi kita sebenarnya lagi banyak hasil bumi seperti getah,kelapa sawit,petroleum,industri ringan dan berat sepatutnya lebih maju dari Singapura.
Alahai rakyat 1 Malaysia.Rajinlah2 melihat politik negara luar bagaimana mereka memilih pemimpin negara mereka.

jan k.nerang said...

Tun M kalah jd calon,untung2 dia jd MB plak pastu

andakmaon said...

Tuan,
Pandangan dan cadangan yang cukup tepat dengan mencadangkan Datuk Mukriz bertanding di DUN Kota Seputih . Nampaknya dari awal lagi telah menampakkan kegusaran dari puak PAS. Tahniah !
Dengan pemerintahan PAS yang begitu lesu di Kedah sekarang ini , penonjolan Datuk Mukriz dilihat sebagai alternatif yang dinantikan.

shamshul anuar said...

Saudara anafakir,

Itulah gunanya mahkamah. Bukan SPR nak pertikai kuasa Speaker. Hanya tafsiran berbeza.

Saya pun bukan ahli UMNO. Namun melihat pada apa yang terjadi, terlalu besar sangatkah dosa ADUN Seputeh. OK. Kita boleh kata beliau bersalah tak beri notis cuti sakit. Namun ada surat cuti sakit.

Yang menjadi persoalan ialh perkataan "2 consecutive days". Dewan bersidang pada dua hari berbeza dalam bulan berbeza. Anggapan kita ( atau sesiapa pun ) ialah kesalahan beliau hanya kerana tak beri notis pada Speaker.

Prosedur diberi untuk keadilan. Namun mungkin juga prosedur diguna untuk menjatuhkan orang lain.

Memandangkan Speaker dari PAS dan ADUN Kota Seputeh dari UMNO, benda macam ini mungkin terjadi. Speaker mungkin tutup mata jika yang bersalah ialah dari PAS. Persoalan saya terlalu besar dosa ke sampai kena buang taraf ADUN?.

Kalau kita MC pun dan tidak beri notis pada supervisor, memang kita bersalah. Tapi taklah sampai dibuang kerja. Lain lah kalau selalu buat.

Mengenai mukhriz ada rumah besar, apa salahnya. Dia pun bukan tak cerdik. Dia pun penyabar macam bapanya.

Bila bapanya cakap jangan masuk politik selagi Tun menjadi PM, dia akur. Mungkin nama Tun buka peluang padanya. Biasalah lumrah dunia. Macam nama Arifahmi ( menantu Nik aziz) boleh jadi CEO Perbadanan Kemajuan Kerajaan Kelantan.

Biasalah. Kalau bapa saya bekas PM, tentu saya jadi perhatian. Ada "x" factor kata orang. Macam lim Guan eng juga. Dia tak akan jadi KM Penang kalau bukan bapanya Lim Kit siang.

Kalau Azizan jadi MB Kedah sebab dia Pesuruhjaya PAS Kedah dan Mohd Hassan jadi MB NS sebab dia Pengerusi UMNO NS, Kenapa Pengerusi DAP tak jadi KM Pulau Pinang. Sebab Nepotism berleluasa dalam DAP. Akhirnya anak dia juga dapat.

Dan kebenaran adalah pahit untuk UMNO ataupun PAS. Dari apa yang saya nampak, pengaruyh pAS pada orang Melayu merosot sebab jadi kuli DAP dan PKR.

Orang Melayu tertanya-tanya kenapa begitu "garang" PAS pada UMNO tapi menikus pada DAP. Zalim sangatkah UMNO ?

Orang dah buka mata. Dulu Mohd Sabu jugalah memaki ham,un Anwar dan sibuk cabar Tun Dr Mahathir pecat Anwar kerana Anwar itu "Aljuburi".

Nah sekarang apahal baik pula dengan Anwar? Apa cerita? Baik kerana memperjuangkan Islam atau gunakan Islam untuk kuasa.

Dan orang Melayu terutama di Shah alam bengang dengan PAS sebab tidak sokong Islam dalam kes kuil Sek 23. Yang menentaqng ada dari pAS, UMNO dan PKR. Pengerusi surau orang PKR. Tapi Harakah sibuk fitnahkan UMNO .

SAya rasa PAS sekarang dah riak. Belum apa-apa lagi dah gadaikan ugama.

C.S.O said...

salam.
Saudara akan berlakulah lagi prk kalau diizinkan Allah.Namun persoalan nya apakah tiada tokoh lagi dikedah terutama DUN tersebut.Kalau itu lah senarionya maka telah gagallah pemimpin kedah melahirkan pemimpin pelapis yg diamanahkan oleh pejuang pejuang UMNO dahulu. Amat menyayat hati dan menangislah ia...Dimana silapnya hinggakan tiada pemuda saperti DMM diDUN tersebut.Sepatutnya Kedah melahirkan 100 pemuda saperti DMM waima seribu.Maka selak lah dimana mana samaada pemuda ini masih tersorok atau didalam semak cari dan cari sampai jumpa.Lahirkan seramai mungkin pejuang pejuang UMNO ini demi kesinambungan perjuangan bangsa.Pedulikan apa tanggapan mereka yg pasti kita masih yakin bahawa masih banyak mutiara yg teremdam didalam lumpur menanti untuk digilap.Apa yg dipohon hanyalah, sedar wahai pejuang pejuang umno, cabutlah duri yg mencucuk daging saudara saudara disana.Padamkanlah api yg membakar hangus rakan seperjuangan.Bersatulah demi Agama Bangsa dan Tanahair.

Dulu, Kini dan Selamanya said...

Saya sokong Mukriz. Salam kemenangan buat UMNO dan Barisan Nasional.

Roshidi said...

Tuan Norbisha,
Umno letaklah calun yang bersih & wibawa boleh menang.Syaratnya senang aje jangan bagi Khairy Jamaluddin & Ezam Mohd Nor berkempen.Itu aje,sebabnya semua orang tau.
Terima Kasih.

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

:: Hasfazanizam :: said...

saya sokong KJ hahahaha

Anonymous said...

Salam

Ambil lah calon lain. Kalau menang nanti dah tentu kena masuk sidang DUN. So lebih baik masa tu digunakan untuk kerja dikementerian dan parlimen.

Biar kalah sekarang dari kekurangan pelapis di masa hadapan

Anonymous said...

ramai lagi calon yg ada kat jerlun tu..." bagi peluang oramg pulak jadi yb dan berkhidmat kpd rakyat

Anonymous said...

tulisan meriambuluh: negara teluk mana yee yang pilih pemimpin.. kebanyakkanya pemerinthan beraja.. diperintah oleh raja.. usah spin la..

Anonymous said...

Salam Tuan Kalau bolehlah letaklah calon lain nampak sangat macam UMNO takda PEWARIS Bagilah Kat WANITAKE.Cuba kita tengok Pilihanraya yang Lalu takda pun Calon Wanita .Bagilah Peluang kepada WAnita .Apa apa pun Biarlah PM kita yang buat Keputusan .

Nik Amir. said...

Mohon mencadangkan orang lain. Warga Siputih ramai lagi yang ada anak. Macamlah orang lain disitu semuanya banyak dosa dan tak layak.

Kalau mukhriz- saya pasti dosa-dosa Tun akan diheret sama. Lebih menyulitkan.

Carilah anak orang kampung..Mahathir dulu pun anak orang kampung.

Anonymous said...

Kepada Penyokong Tegar PAS.
Kepada Para PenTAKSUB PAS.
Kepada Para Pembuli UMNO.

Sedar...lah
SEDAR...LAH

Jika kamu memusuhi UMNO ...
seperti kamu musuhi ISLAM.

Walaupun mereka penyokong UMNO..
Tapi mereka tetap menganuti agama ISLAM.
Mereka faham rukun iman dan rukun Islam.
Mereka juga mengamalkan semua amalan Sunnah Nabi.

Jadi kita semua ....

"SAUDARA SESAMA ISLAM"
Perbezaan ideologi bukan matlamat sesebuah parti siasah.

TAPI,
PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM IALAH MATLAMAT KITA UNTUK MENYERU AGAR MANUSIA MENGENAL ALLAH s.w.t

Lebai Pondok
Ayer Hitam
Kedah

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; tanpa perlu menyerang peribadi penulis atau orang lain. Walaupun anda mencanggahi pendapat saya, Insya-Allah komen anda akan disiarkan. Prinsip saya ialah ingin melihat sesuatu isu dari pelbagai perspektif yang berbeza.