Esok -- Sabtu -- PAS akan mengadakan seminar bagi membincangkan isu-isu kepimpinan dan hala tuju parti itu. Ia adalah jawapan PAS kepada desakan Dato' Nik Aziz Nik Mat yang inginkan mesyuarat agung khas diadakan. Sama seperti MCA, parti tu berpendapat mesyuarat agung khas itu tidak perlu; sekurang-kurangnya pada masa ini.
Adakah seminar itu akan "meletup" atau sejuk seperti salji di kutub utara, saya tak pasti. PAS mengundang dua orang pembentang kertas kerja iaitu Prof Dr Abd Aziz Bari (UIA) dan Prof Madya Dr Abu Hasan Hasbullah (UM). Kedua-dua pensyarah ini diharapkan untuk menyampaikan tazkirah dan muhasabah untuk pemimpin dan ahli-ahli PAS.
Tokoh PAS tidak membentangkan kertas kerja. Pada hemat saya, ia adalah sesuatu yang bagus; menunjukkan kesediaan parti itu untuk menerima pandangan dari luar. Lagi pun pemimpin PAS sudah selalu berceramah, sesekali eloklah mendengar pandangan orang lain pula. Bukan sekadar itu, malah saya berpendapat jemputan kepada Dr Abd Aziz yang mengkritik Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang dalam akhbar Sinar Harian menunjukkan bahawa parti itu mengalu-alukan teguran. Ia baik dan harus dipuji.
Sewajarnya semua pemimpin dan ahli-ahli PAS dapat mencontohi sikap Abd Hadi. Sesuai dengan semangat keterbukaan ini juga, saya berharap pemimpin dan ahli-ahli PAS usah cepat panas telinga apabila dikritik -- sama ada secara bersemuka atau melalui tulisan di media baru.
PAS kini bukan lagi parti pembangkang. Di Kelantan, Kedah dan Selangor, pemimpin PAS memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri. Jawatan itu adalah jawatan awam (public office). Apa saja keputusan pemimpin PAS di negeri-negeri tersebut akan memberikan kesan kepada rakyat -- sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Saya boleh memahami mengapakah penyokong-penyokong PAS cukup ghairah menegur pemimpin parti itu. Di Selangor, Pesuruhjaya PAS Dato' Dr Hassan Ali dikritik kiri dan kanan. Dato' Paduka Husam Musa juga menjadi sasaran kritik ramai orang. Dalam blog, penyokong kedua-dua belah pihak berbalas-balas hujah. Baguslah, mereka amat sayangkan jawatan kepimpinan dalam kerajaan dan tidak mahu jawatan itu terlepas ke tangan orang lain. Tidak mustahil sekiranya parti itu tidak berhati-hati, mereka mungkin tidak ada apa-apa jawatan di Selangor selepas PRU13 nanti -- sama ada kehilangan kerajaan negeri kepada Barisan Nasional, atau kerajaan negeri dikuasai oleh PKR dan DAP saja seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Tak mustahil.
Dalam era "Politik 2.0", pemimpin PAS yang kena kritik usah melompat. Pemimpin parti politik meraih sokongan rakyat. Mereka meminta jawatan awam. Tentulah rakyat wajar menegur, termasuklah mendedahkan kelemahan pemimpin parti itu yang meminta amanah kepimpinan mentadbir negara. Sesiapa saja yang meminta jawatan awam, mesti bersedia menunjukkan "panau dan kurap" supaya rakyat boleh menilai adakah mereka layak memegang amanah itu atau tidak.
PAS juga tidak terkecuali!
'Global surge' in rhino poaching
31 minutes ago


16 comments:
Saudara Nobisha,
Ini langkah kedepan Parti PAS. Cara ini untuk mengawal dan mengelakan berlaku nya " in-breeding" dalam PAS. Oleh itu saranan dan pandangan bijak pandai dari luar khusus nya golongan akademia amat memberi manfaat untuk bergerak jaya kedepan. Masalah kurang daya tahan dapat dibendung. Namun begitu penceramah akademia itu perlu ikhlas dan jujur serta berkata sebenar-benarnya.
TK.
Saudara Nobisha,
Sekarang ini rakyat sedang melihat bagaimana PAS menguruskan krisis dalaman parti itu untuk memberi kekuatan khususnya dalam PRU 13 nanti. Berjaya atau gagalnya PAS dalam menangani isu ini akan memberi gambaran keupayaan sebenar PAS seandainya PR mendapat mandat rakyat pada PRK 13 nanti.Krisis kepimpinan sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi UMNO yang berada ditampuk kekuasaan.PAS harus buktikan bahawa parti itu lebih baik dari UMNO, lebih telus dan mempunyai mekanisma yang cekap untuk mendisiplinkan ahli dan pemimpin. Pada masa kini, pemimpin PAS kelihatan begitu kabur dalam fokus politik mereka dan tiada keberanian bertindak kecuali Mursidul Am PAS. Jika tiada perubahan dan tindakan drastik selepas seminar ini, tidak mustahil PAS akan lesu dengan masalah dalaman mereka yang tiada berpenghujung dan konsep "PAS UNTUK SEMUA" mungkin tidak lagi laku untuk dijual pada PRK 13 nanti.
jangan lupa perwakilan dari Kelantan tengok BOLA
Saudara Nobisha,
Ramai Melayu yang sokong PAS kini agak kecewa bila PAS begitu ghairah berbaik dengan DAP dan PKR.
Selama ini PAS sering mencerca UMNO kerana kerjasama dengan MCA dan MIC. Kini PAS lebih teruk. Jadi hamba pada DAP.
SAya nampak sokongan Melayu pada PAS agak merosot. Saya dapat rasakan yang ini semua gara-gara PAS yang kini dilihat memusuhi perpaduan sesama islam.
PAS tidak dapat menjawab mengapa begitu tebal kebencian pada UMNO . Lebih teruk lagi, PAS begitu "prihatin" dengan DAP. Bila saya nyatakan yang PAS akan hilang sokongan Melayu, ramai ahli PAS menolak.
Tapi kebenaran akhirnya terserlah. UNdi melayu pada PAS memang merosot. Sikap PASS yang begitu menjunjung Anwar juga beri kesan buruk pada PAS. Bukankah Mohd Sabu dulu yang menggelarkan Anwar "Aljuburi".
Takkan Hadi atau Nik aziz tak ingat. Jujurkah mereka semua. Jujurkah ?
Saya tabik spring kepada kepimpinan PAS kerana sudi menjemput profesional luar dari lingkungan [ walaupun mungkin mereka ini penyokong PAS ] untuk membicarakan soalan dalaman PAS. Setakat hari ini tiada mana-mana parti politik yang sudi dan sedia mendengar kritikan luar secara terbuka apatah lagi menjemput mereka seecara rasmi untuk membentangkan kertas kerja di depan ribuan ahli parti seperti yang akan dilakukan oleh PAS esok...saya yakin kedua-dua panel akan melontarkan idea dan hujah yang akan membantu ke arah memantapkan PAS untuk menghadapi PRU13 akan datang.Keterbukaan pemimpin PAS untuk mendengar teguran atau kritikan terbuka ini sebagai satu anjakan paradigma yang dialu-alukan, kerana Baginda Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pun sentiasa mendengar pandangan para sahabatnya walaupun baginda maksum dan mendapat bimbingan terus dari Allah...sikap berlapang dada di kalangan pemimpin PAS wajar dipuji.Mereka buat apa yang mereka kata,cakap memang serupa bikin.Itu yang rakyat mahu.
Saya melihat para pemimpin politik sekarang, tak kira parti apa pun banyak melaksanakan sesuatu untuk tujuan PR dan kosmetik saja. Bila bercakap dalam perhimpunan atau muzakarah atau seminar atau apa sajalah kononnya semua tentang prinsip, tentang perjuangan, tentang kepentingan umat. Tapi bila berada di belakang meja masing-masing semuanya tentang kedudukan dan keuntungan diri dan kroni masing-masing saja.
Muhasabah pada PAS,jgn bertukar menjadi Musibah pada PAS..pada saya PAS harus bermuhasabah apabila menang besar dlm PRU12,bukannya hanya setelah ditimpa krisis
PAS tidak boleh membandingkan dirinya dgn UMNO,apatah lagi dgn MCA atau GERAKAN kerana selama ini pun PAS sering mendakwa,parti2 tersebut bukannya berjuang utk rakyat.Jika PAS berterusan membandingkan dirinya dgn parti2 tersebut bermakna PAS dan mereka sama saja.PAS harus membuktikan dirinya sebagai parti terbaik,bukan shj sebagai pembangkang ttp sebagai kerajaan.
Jgn hanya apabila ada musibah baru hendak bermuhasabah..ahli2 UMNO sudah mula bermadah,seminar belum bermula, TGNA sudah dijemput ke IJN
Salam,
Saudara dulu lagi umno telah buat kelmarin mca buat sekarang pas buat cuma nama saja lain tapi tujuan sama.Tapi kali ini pas dilihat sebagai parti yg itu dilihat sedang mengalami proses kejayaan namun zahirnya sahaja, pada hakikat tidak.Kalau dulu pas adalah parti yg memperjuangkan soal addin dan sekarang berjuang lebih kepada puak. Terserlah sekarang apa yang dibuat esok adalah hari menentukan puak mana yg lebih hebat hadikah atau Nik azizkah atau tangan tangan ghaib anwar.Nama saja bermuhasabah sebenarnya ada agenda lain yang akan menenatkan lagi perjuangan islam.Yg pasti ada satu parti yg dari dulu dan sekarang masih istiqomah memperjuangkan islam walaupun lebelnya bukan parti islam.Marilah kita berdoa agar yang sesat pulang kepangkal jalan dan yg pasti perjuangan belum selesai marilah bersama menjadi salah seorang insan membantu memperkuatkan ukhwah Ummah.
Assalamualaikum Tuan Norizan,
Apakah yang dimaksudkan dengan politik 2.o?saya tidak faham.tolong jelaskan.
Salam Sdr.
satu masalah yang ada di dalam minda di kalangan orang-orang PAS adalah "Aku lebih baik dari orang lain dan lebih alim dari orang lain". Itulah sebabnya PAS susah untuk berubah. Kebanyakannya minda mereka masih tertutup dengan keegoan. Mungkin mereka tidak sedar atau buat-buat tidak sedar.
Tengok apa Ustaz Idris kata kat Prof Aziz bari. Itu adalah salah satu contohnya.
Namun begitu saya dapati ada sedikit anjakan pemikiran dan kaedah perjuangan PAS bila golongan profesional memasuki PAS dan sesetengahnya sudah menjadi Pemimpin PAS sekarang. Orang-orang inilah sebenarnya yang membawa perubahan di dalam PAS. Bukannya mereka yang memakai serban. Nik Aziz terkecuali. Beliau lebih terbuka sebenarnya.
Sdr Nobisha,
Ramai pertikai sikap PAS (khususya TGNA) berkaitan dengan UG saranan dari PAS sendiri.
2. Apa yang dapat saya katakan disini, jika kerjasama diadakan PAS akan lemah "ditelan" oleh UMNO sepertimana berlaku suatu masa dahulu. Hanya orang lama dalam PAS merasa pahit maung yang ditanggung semata-mata untuk Agama dan Bangsa.
3. Kuasa politik Melayu hanya ada pada UMNO dan PAS. Tunjang kekuatan orang Melayu terletak kepada kedua-dua parti ini. Oleh itu, tidak menghirankan masing-nasing cuba mendapat sokongan orang Melayu bahkan sanggup "berkerat rotan berpatah arang" untuk memerintah.
4. Jadi kesimpulannya, orang Melayu perlu bijak berpolitik sebagaimana orang bukan melayu. Sokong UMNO 100% atau PAS 100% dan dengan sendirinya kuasa poltik Melayu tidak akan terhakis. TETAPI sokongan parti bukan Melayu juga perlu demi perpaduan.
Renung dan fikir-fikirkan lah!!!
Tuan Iskandar Zulkarnain,
Istilah "politik 2.0" digunakan oleh beberapa orang penulis bagi menggambarkan penggunaan web 2.0 (sosial media) dalam politik kepartian. Dalam era politik 2.0., komunikasi antara aktor politik dan rakyat berlaku secara dua hala, dibantu oleh sosial media.
saudara C.S.O...parti..yg dulu dan selamanya tu...adalah Islam Plastik....
Kejayaan bkn matlamat..tapi ia adalah bonus...yg penting kebenaran dan keadilan dizahirkan...jika itu dapat ditonjolkan...walaupun gagal pada PRU...tapi di sana kelak...golongan ini akan dimuliakanNya...
As'kum Tuan dan Rakan2 !
Hari ini telah terbukti bahawa 'Seminar Pas' hanya Kosmetic semata. Seperti yang saya katakan dulu hanya membuat aktiviti agar Pas senantiasa didalam ingatan rakyat. Jawapan sebenarnya telah ada dalam gengaman saya kerana saya lama sangat kenal Pas. Cuma nak lihat bahawa seminar itu memang mengecewakan ramai orang yang mahu melihat gabungan perpaduan melayu dan islam. Pas lebih rela berkongsi dgn DAP yang terang-terang menentang Islam dibanding dengan UMNO. Kenapa ? UMNO jijik? Korup? Masuk neraka? Kafir?. Saya nak bangkitkan8 ini kerana UMNO atau Pekembar adalah Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ! Manakah lebih baik antara orang yang terang-terang kafir(kafir harbi) dengan orang melayu yang dianggap kafir oleh Pas, sedangkan orang UMNO seislam dan orang Pas seislam itu banyak yang berkahwin diantaranya.Ini adalah bukti sahih bahawa Pas dan Umno itu wajib boleh bersatu.Mengapa orang Pas tidak mengkahwinkan anaknya dengan orang DAP ?.Jangan disebabkan fahaman politik yang berbeza yang diasaskan oleh penjajah dahulu itu menjadi satu sebab untuk tidak bersatu didalam bangsa dan agama. Penjajah dulu memang nak pecahkan belahkan kita agar mudah dia menguasai dan memerentah melayu, mengapa sekarang cendikiawan dan orang terpelajar Pas tidak dapat berfikir secera rasional akan hal ini. Apa mereka tamak akan kuasa ? Dan mereka nak semua orang melayu malaysia masuk Pas kesemuanya baru bersatu ? Sedangkan Allah telah mengingatkan Nabi Muhammad Saw, bahawa kamu Muhammad tidak boleh mengimankan semua orang kecuali dengan izin Allah ! Walaupun seminar telah berlalu namun itu adalah keputusan manusia ! Pintu perundingan masih terbuka dan carilah titik persamaan untuk memajukan bangsa dan agama. Amin !!!!!
Hati Karma
PAS kena faham sepak terajang politik,,,biarlah mereka bergelut hadapinya sepertimana MCA hadapi sekarang....tapi tidak sedahsyat MCA...
salam...
Pendapat aku PAS jadi kelam kabut buat masa ini kerana media siber yang bergerak pantas...
UMNO juga menghadapi masalah yang sama ketika zaman kejatuhan Cik Det.Ketika itu terdapat juga serangan dari dalam parti tersebut..
Masalah yang ditanggung oleh PAS lebih berat kerana mendapat kritikan dari rakan Pakatan bukan dari pemimpin tapi dari penyokong.
Akhirnya penyokong PAS sendiri hilang pertimbangan bilamana mereka juga mendengar pendapat orang lain dari luar parti mereka.Kepimpinan PAS sekarang tidak mungkin akan bertukar melainkan tewas dalam PRK/PRU.
Seperti ramalan penulis PAS akan kehilangan banyak kerusi mungkin ada kebenarannya tetapi PKR dan DAP juga akan menerima nasib yang sama apabila di boikot oleh penyokong PAS.
PKR,DAP dan PAS tidak boleh bergerak sendirian jika ingin menukar kerajaan Malaysia.
Jadi harapan aku hentikanlah politik sindir rakan dalam sepasukan...
Post a Comment
Saya mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; tanpa perlu menyerang peribadi penulis atau orang lain. Walaupun anda mencanggahi pendapat saya, Insya-Allah komen anda akan disiarkan. Prinsip saya ialah ingin melihat sesuatu isu dari pelbagai perspektif yang berbeza.