Malaysia Airlines menggunakan konsep makmal bagi "memperbaiki" syarikat penerbangan nasional itu. Di Jabatan Perdana Menteri, konsep yang sama digunakan. Dengan fasilitator perunding swasta, seramai 40 orang kakitangan sektor awam, perniagaan dan NGO terpilih diletakkan di dalam satu makmal bagi membangunkan beberapa pelan tindakan 1Malaysia.Di makmal itu, lahirlah beberapa "idea besar" atau "big idea" yang bakal membuatkan pemimpin politik Melayu menggaru kepala. Saya difahamkan "idea" besar yang dihasilkan oleh 40 orang itu lebih bersifat "Malaysian Malaysia", bukannya 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya tak tahu sama ada itu benar atau pun tidak. Bagaimanapun, itulah sembang di kedai kopi. Selalunya kalau tak 100% benar, sembang di kedai kopi ni ada sedikit-sebanyak kebenarannya.
Dalam hal ini, saya fikir eloklah Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjenguk makmal 1Malaysia yang diuruskan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon itu.
Kebimbangan saya ialah "idea besar" yang dicipta di makmal 1Malaysia itu tidak lebih dari idea manusia berjiwa kecil dengan agenda politik yang juga kecil. Sekarang saya mula faham mengapakah Ahli Parlimen Sri Gading, Dato' Mohamad Aziz inginkan Koh Tsu Koon meletakkan jawatan.
Bukan semua perkara boleh dilahirkan di makmal. Saya percaya "idea besar" 1Malaysia boleh diperolehi melalui satu konvensyen rakyat Malaysia yang lebih besar dari hanya makmal 40 orang yang dipilih. Kalau nak dapatkan idea, itu caranya.
Najib juga boleh menggunakan media sosial untuk mendapatkan cadangan rakyat.
Ahirnya, saya berharap agar Koh Tsu Koon tidak menggunakan keterbukaan Najib dan makmal 1Malaysia untuk mengejar agenda politiknya.
Usah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!


12 comments:
Saudara Norizan,
Amat menarik dan menimbulkan rasa ketakutan di hati ku. Aku nak tanya pada hemat tuan , berapa peratus kebolehpercayaan atau darjah keyakinan sembang kedai kopi iyu terutama nya hal negara kita ?. Apa pandangan tuan Dimakamal semua variable nya dikawal dengan asumpsi mengikut bijak akal kemudian di cuba di plot percubaan , juga terkawal kemudian di laksanakan secara menyeluruh yang berdepan dengan iklim yang berubah serta ribut badai yang tak terduga, Jadi bagaimana asumpsi keberkesanan dan kebolehjayaan nya ?.
TK Drpa Pak Maloi.
Tuan, I have nothing to say about this makmal. We have seen many big ideas that cost big money, but with little returns.
But about Tsu Koon, I understand Sri Gading's maksud tersurat dan tersirat. What he meant was that Gerakan is no longer relevant, and Tsu Koon is a goner. I fully agree with Sri Gading. Anyone from mainland Penang will tell you that they won't vote for Gerakan again, as they are happy with DAP. If anyone at all that can take on DAP, it would be MCA, a strong and united MCA that is. In fact it is better for BN to get rid of Gerakan, and to help to strenghten MCA. Likewise, get rid of MIC, and bring in KIMMA, Makhal Sakti, IPF, and other indian parties into BN, and allocate a seat to each. The various indian factions will warm up to BN again. BN leadership tak pernah dengar pandangan rakyat biasa ka? Just send Tsu Koon packing to some where in Europe as an ambassador lah, he would do a better job there.
Life's Abeach
Tuan,
Seperti kata tuan,idea besar boleh diperolehi melalui konvensyen rakyat Malaysia (26 juta) atau dengan menggunakan media sosial. Soalnya mahu atau tak mahu membaca sahaja! Ada sejumlah persepsi yang melimpah di cyber space,tapi masalahnya kita ni tidak profesional,dan tidak tahu pucuk pangkal permasalahan yang sebenar.
Dalam makmal tu nanti,bolehkah agaknya mereka memikirkan masalah rakyat,menggunakan radas dan menyelesaikannya dengan teori sendiri!
Sedang menanti,besar manakah idea dalam kepala mereka!
Salam Tuan !
Untuk merealisasikan 1Malaysia tidak cukup untuk 40 orang mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Keterbukaan DS Najib didalam pemilihan UMNO baru-baru ini menjadi contoh yang jelas bagaimana perlembagaan UMNO dipinda kerana atas desakan rakyat atau memberi sedikit kuasa kepada ahli UMNO memilih President,Timbalan,Naib-naib dan juga diperingkat bahagian dan cawangan. Bagaimana pula ada makmal yang kononnya mencorakkan 1 Malaysia sedang beroperasi!!! Tiada apa-apa endorsement yang dibuat samaada oleh PM atau Parlimen tentang kewujudan makmal ini. Kalau betul ini ada, ianya boleh dianggap satu subesif oleh pihak-pihak tertentu. Apa yang umum tahu TS Koh Tsu Koon adalah pemantau kepada KPI Kerajaan termasuk Menteri-menteri Kabinet seperti yang telah diumum oleh PM. Apa pun apabila sesuatu dasar itu dibuat biarlah rasional dan logik untuk diterima oleh semua kaum, terutama sekali 'Tuan Tanah Asal Tanah Melayu' agar semua kepentingan rakyat terjaga. Agar Kerajan BN akan mendapat restu dan kepercayaan rakyat keseluruhan, buat sesuatu itu dengan telus dan di beritahu kepada semua seperti 'Subsidi Beras Untuk Rakyat' atau SUBUR.
Hati Karma
Pak Maloi,
Apa yang saya sebutkan di sini hanya "serpihan" kpd isu sebenar. Biarlah setakat ini ia menjadi "perbualan kedai kopi." Saya fikir pihak-pihak yang sepatutnya mendapat mesej ini telah pun mendapat mesej yang sewajarnya (berdasarkan input yang saya terima). Kita tunggu apakah langkah selanjutnya. Saya masih berprasangka baik.
apakah maksud makmal tersebutr saudara nobisa boleh cerita sedikit untuk saya renungi apakah perancangannya dan muslihatnya untuk saya analisa tak beri banyak sedikitpun jadilah untuk saya cari jawaban seterusnya . membuka minda semua
;-) good observation. am reading this from an airport lounge in abu dhabi. lets meet up on my return. more to fill in. salam, AY
Anis, I am sure you know a lot more, and yes .. lets have teh tarik and goreng pisang, soon! :)
Satu Malaysia bererti satu falsafah negara.
Ia hanya boleh bermula dengan lingua franca.
Bahasa yang memudahkan ktia berinteraksi tentulah perlu bermula di sekolah.
Kalau kita bercakap tentang bahasa dan sekolah, bererti kita mahukan satu sistem pendidikan yang sama dari mula mengenal huruf.
BUKAN bermula selepas kita telah pandai bergaduh dan berebut barang mainan.
Paling mudah Satu Malaysia perlukan satu Bahasa perpaduan yang diajar bermula dari tahun satu di semua sekolah rendah. Jika kita teruskan dengan sistem pelbagai bahasa, sampai bila pun konsep satu Malaysia hanya tinggal retorik bagi kepentingan kelompok yang nak dapatkan tender ratusan juta ringgit bagi menyediakan konsert dan jamuan makan untuk bersuka ria dan digembar gemburkan dengan pelbagai tarian membuang masa sementara menanti sebelum tidur.
Salam sejahtera.
Entri Tuan mengenai "makmal Satu Malaysia" adalah benar. Saya adalah antara insan yang telah dijemput melalui organisasi.
Jika tidak silap pada hujung bulan Oktober 2009 di Palm Garden IOA Putrajaya. Menteri yang hadir untuk memberi penerangan adalah Datuk Idris Jala. Yang menariknya, acara rasmi kerajaan sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia, tetapi menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya!
Saya sempat mendengar pembentangan oleh Datuk Idris Jala yang menggunakan seratus peratus bahasa Inggeris tanpa segan silu. Melalui penjelasan beliau mengenai 'Satu Malaysia' ini adalah untuk menjadikan Malaysia ini tidak ada 'warna', 'agama','ras' dan 'kaum'. Idea yang agak bahaya kerana ingin menyamaratakan semua hal. Malah, beliau bertegas akan menghapuskan 'kaum' dalam borang kerajaan demi mencapai matlamat 'Satu Malaysia'.
Peserta telah dibahagikan mengikut skop tertentu seperti pendidikan, agama, teknologi dan sebagainya.
Dalam aspek pendidikan, makmal tersebut telah berbincang terlebih dahulu akan 'road map' untuk mencapai Satu Malaysia dalam masa terdekat! Agak pelik dan hairan kami dibuatnya. Ini bermakna, kehadiran kami hanya untuk 'mengiyakan' dan melakukan 'penambah baikan'. Kami tidak ada 'kuasa' untuk menolak strategi yang telah dibincang/putuskan oleh 'makmal' tersebut.
Saya juga sempat bercakap dengan seorang peserta bagi meja 'agama'. Menurut peserta itu, antara cadangan 'makmal Satu Malaysia' adalah untuk mewujudkan satu jawatan menteri yang khas untuk menjaga kepentingan 'bukan Islam'. Cadangan 'makmal' itu juga untuk membiayai kos pembinaan rumah ibadat bukan Islam dan kos pendidikan agama selain agama Islam! Dalam erti lain, kesamarataan dalam semua agama. Jika ini berlaku, agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kuasa-kuasa Agong dan Sultan akan dipandang rendah.
Saya sempat bertanya seorang pegawai kerajaan mengenai 'Makmal' tersebut. Saya bertanya, "Siapa yang dijemput menganggotai makmal tersebut?". Katanya, "Kami menjemput semua latar rakyat Malaysia. Pelbagai agama, kaum, ideologi, NGO, kementerian dan sebagainya".
Tuan, yang merisaukan saya adalah, mereka yang ada dalam 'Makmal Satu Malaysia' inilah yang memberi cadangan 'road map' dan mengisi pengertian 'Satu Malaysia' yang digagaskan oleh DS Najib Razak. Mereka yang kita tidak tahu latar belakang, tahap pendidikan inilah yang membuat dasar untuk generasi masa depan dan Malaysia khususnya.
Adakah mereka yang dalam 'Makmal' ini arif lagi bijaksana dalam isu pendidikan anak bangsa kita? Apatah lagi mengenai isu 'agama' di Malaysia ini yang sememangnya sensitif. Sepatutnya mereka yang mahir dalam bidang tertentu yang sepatutnya dirujuk. Bukan pakai ambil masuk bakul.
Harap Tuan boleh membawa isu ini untuk perhatian pihak kerajaan. Saya amat khuatir politik Malaysia sejak mutakhir ini yang mahu menyamaratakan semua aspek termasuk pendidikan dan agama.
Mohon Tuan dapat berperanan dan menggunakan pengaruh Tuan untuk membetulkan keadaan.
Sekian. Terima kasih.
Insan Yang Hadir Dalam 'Makmal Satu Malaysia',
Pandangan ini telah dipanjangkan ke atas. Saya difahamkan pegawai-pegawai YAB PM sedia maklum mengenai perkara ini. Beberapa orang menteri kabinet juga telah diberitahu. Sekiranya apa yang dicadangkan itu bercanggah dengan semangat perlembagaan dan rukun negara, saya akan menentangnya secara terbuka.
Terima kasih Tuan Nobisha. Semoga usaha kecil kita ini ada manfaatnya demi agama, bangsa dan negara kita cintai; Malaysia.
Post a Comment
Saya mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; tanpa perlu menyerang peribadi penulis atau orang lain. Walaupun anda mencanggahi pendapat saya, Insya-Allah komen anda akan disiarkan. Prinsip saya ialah ingin melihat sesuatu isu dari pelbagai perspektif yang berbeza.